admin
Qiamullail syurga ahli ibadat
Para ulamak juga menyebut bahawa Atha Bin Abi Rabah telah melakukan qiamullail sehingga dia terjatuh.
Akibat Covid-19, sasaran kerja tahun 2020 perlu dikaji semula
Memandangkan kita tidak dapat memenuhi tahap keberkesanan dan mutu kualiti hasil kerja seperti biasa yang dilakukan pada tahun- tahun sebelum ini, adalah ingin dicadangkan supaya supaya setiap tempat kerja yang ada dalam negara kita untuk melihat semula sasaran kerja yang telah disasarkan di tempat kerja masing-masing serta
menilai semula tahap prestasi yang perlu dipenuhi oleh setiap pekerja mereka sepanjang tahun 2020 ini
Masalah mental tidak mengenal status
Mengikut Human Health Service, kesihatan mental ialah, emosional, psikologikal dan sosial yang sihat. Ia mempengaruhi cara kita berfikir, bertindak serta apa yang kita rasa. Kesihatan mental memainkan peranan yang amat penting pada setiap peringkat umur hidup kita. Kualiti hidup kita juga bergantung pada kesihatan mental kita. Disebabkan itu, amat penting kita menitik beratkan kesihatan mental sama penting seperti kesihatan fizikal. Namun, stigma masyarakat tentang kesihatan mental ini membuatkan ramai yang enggan
mendapatkan bantuan kerana malu, ego dan risau dipandang sinis.
Ramadan dalam kebiasaan baharu
Duduk di rumah untuk tempoh yang panjang merupakan satu yang sangat mencabar kerana secara psikologi, manusia sebagai makhluk sosial perlu bersosial.
Dengan kemewahan masa yang ada, khususnya melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) inilah masa yang terbaik untuk seseorang menghidupkan Ramadan secara serius dengan penuh kesederhanaan kerana tidak lagi perlu memikirkan untuk
menghabiskan masa dalam kereta untuk ke tempat kerja, juga berada di tempat-tempat awam seperti tempat-tempat jualan.
Pasca PKP dan sokongan kesihatan mental berterusan
Pelbagai langkah membendung dan merawat telah dilaksanakan oleh KKM, KWKM, JAKIM dan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO).
Rangka pelan holistik lindungi periuk nasi pekerja
Sekiranya pekerja
diberhentikan kerja, mereka akan hilang sumber pendapatan
untuk menampung diri mereka serta ahli keluarga mereka.
Kehilangan sumber pendapatan ini akan menyebabkan
seseorang individu itu terdedah dengan pelbagai masalah
seperti masalah hutang, masalah pemberian nafkah,
masalah untuk menampung kehidupan diri dan keluarga
serta pelbagai masalah lain.
Bekerja dari rumah bukan lagi satu pilihan
Pada masa yang sama kita perlu akui bekerja dari rumah kebiasaannya akan memerlukan peningkatan dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti internet kerana kita bekerja secara maya. Maka bila mana pekerja semakin mahir menggunakan teknologi, antara kesan langsung ialah dapat menjimatkan masa kerana sesuatu tugasan itu dapat dilaksanakan dengan segera, lantas produktiviti kakitangan dan organisasi akan meningkat naik berlipat ganda. Bukankah
ini akan menguntungkan semua pihak termasuklah rakyat yang boleh menikmati sesuatu perkhidmatan itu dengan lebih cepat dan efisien
Makmal Makmal Teknologi Pakaian UPM hasilkan PPE
Makmal ini dilengkapi dengan 32 mesin jahit industri, 6 mesin jahit tepi, 2 mesin jahit lubang butang, satu mesin pemotong fabrik dan pelbagai peralatan menjahit.
Norma baharu selepas PKP, bersediakah kita?
Walaupun kes Covid-19 mungkin menjadi sifar kelak tetapi terdapat kemungkinan untuk wujudnya jangkitan wabak semula seperti yang berlaku di negara China. Walaupun kita akan bebas keluar seperti biasa kelak tetapi demi mengawal penularan semula ada beberapa saranan yang perlu
Cuti sekolah masih panjang?
Pandemik belum dan sedang mencapai kemuncaknya di Amerika Syarikat, UK, Sepanyol mahupun Itali. Dan jika keadaan dapat dibendung sekali pun, ia akan mengambil masa yang lama sebelum keadaan menjadi selamat untuk melonggarkan sekatan.