admin
Himpunan Solidari Selamatkan Aleppo
Reaksi orang ramai semasa membuat demonstrasi aman pada himpunan solidari selamatkan Aleppo menentang kekejaman tentera Rusia di hadapan Kedutaan Rusia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 16 DISEMBER 2016
HARI PERTAMA OPERASI MRT
Suasana orang ramai yang mengambil peluang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa Laluan Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari pertama operasi di Stesen Pusat Bandar Damansara dan Stesen Sungai Buloh, Selangor. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 16 DISEMBER 2016.
HARI PERTAMA OPERASI MRT
Umi Kalsom Arbain menunjukkan suasana pemandangan yang dapat dilihat kepada anaknya Muhammad Aniq Rayyan dengan berlatarkan Transit Aliran Massa Laluan Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari pertama operasi di Stesen Pusat Bandar Damansara dan Stesen Sungai Buloh, Selangor. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 16 DISEMBER 2016.
MRT BEROPERASI SEAWAL JAM 6 PAGI ESOK
Transit Aliran Massa Laluan Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) akan melintasi bandar Kuala Lumpur yang akan beroperasi pada esok 16 disember 2016 dari seawal jam 6 pagi semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Stesen MRT Semantan, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 15 DISEMBER 2016
DS Najib Rasmi MRT Fasa Satu
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Pengerusi MRT Corp, Tan Sri Dr Ali Hamsa (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Seri Shahril Mokhtar (kanan) menyentuh skrin sebagai simbolik Majlis Perasmian Fasa Pertama Transit Aliran Massa Laluan Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) di Stesen MRT Kwasa Damansara, Sungai Buloh. foto SAFWAN MANSOR, 15 DISEMBER 2016
DS Najib Rasmi MRT Fasa Satu Sungai Buloh-Kajang
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempat berbual bersama salah seorang penumpang, Nasuha Mohamed Ali (kiri) semasa menaiki Mass Rapid Transit (MRT) pada Pelancaran MRT fasa satu laluan Sungai Buloh-Kajang di Stesen MRT Kwasa Damansara. foto FAREEZ FADZIL, 15 DISEMBER 2016
MoU Kuala Lumpur-Singapura (HSR)
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong bersalaman selepas bercakap pada sidang media pada Majlis Menandatangani Perjanjian Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 13 DISEMBER 2016
MoU Pakatan Harapan & PPBM
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah (duduk kiri) bersama Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu (duduk kiri), Setiausaha Agung Democratic Action Party (DAP), Lim Guan Eng (duduk kanan) dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin (duduk kanan) menunjukan dokumen Perjanjian Persefahaman (MoU) diantara Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Ibupejabat PKR, Petaling Jaya. foto SAFWAN MANSOR, 13 DISEMBER 2016
Mahkamah menolak permohonan Anwar
Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) dikawal rapi oleh pengawal penjara semasa keluar dari ruang lokap mahkamah selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan semula hukuman penjara kerana meliwat di Istana Kehakiman, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 14 DISEMBER 2016
Juara Gegar Vaganza 3, Azharina
Juara Gegar Vaganza 3, Azharina Azhar menjulang trofi dan menerima hadiah wang tunai RM100,000 serta hadiah iringin pada pada Malam Konsert Akhir Gegar Vaganza...