Seorang pengawal penjara maut dalam rusuhan di Penjara Cotabato pagi ini. Foto Agensi

COTABATO – Lebih daripada 150 banduan berjaya meloloskan diri daripada penjara di selatan Filipina dalam satu serangan oleh berpuluh-puluh lelaki bersenjata yang menyebabkan seorang pengawal mati.

Pihak berkuasa mengesyaki penyerang itu mempunyai kaitan dengan kumpulan pemisah Islam.

Kumpulan pemisah seperti Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan Abu Sayyaf telah menjalankan serangan ganas serta menculik pelancong untuk wang tebusan.

Keganasan di penjara itu berlaku pada awal pagi ini di Penjara Cotabato berhampiran bandar Kidapawan, di Pulau Mindanao.

Warden penjara, Peter Bonggat berkata kepada stesen tempatan ABS-CBN, banduan mengambil peluang melarikan diri ketika kebakaran.

Mereka menggunakan tilam yang disusun untuk dipanjat sebelum melarikan diri.

Bonggat mengesyaki serangan itu bertujuan untuk membebaskan diri daripada beberapa pemberontak yang berada di penjara.

Filipina tentera dan polis telah melancarkan gerakan memburu tahanan yang melarikan diri. – MalaysiaGazette