Mohd Adzlan Mat Sidek
Velfire Kosong, Guan Eng Tidur Lokap SPRM?
Kereta Velfire yang keluar tanpa bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Putrajaya. foto MOHD ADZLAN, 06 OGOS 2020.
Menteri Perpaduan Hadir Penghargaan Kelab Rukun Negara
Menteri Perpaduan Negara, Halimah Sadique mengibarkan jalur gemilang bersama para peserta selepas Majlis Penghargaan Kelab Rukun Negara di Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 6 OGOS 2020.
Datuk Indera Khairul Menunjukkan Dokumen-Dokumen Palsu
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud menunjukkan dokumen palsu yang dirampas oleh Jabatan Imigresen Malaysia ketika di sidang media mengenai kejayaan Jabatan Imigresen Malaysia menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen didalangi warga Myanmar di Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya. foto MOHD ADZLAN, 5 OGOS 2020.
Polis Bawa Suspek ‘Bunuh Pensyarah’ ke Lokasi Tasik
Suspek yang dipercayai suami kepada seorang pensyarah yang dibunuh menggunakan tudung hingga mati dibawa oleh pegawai polis selepas Pasukan Gerakan Marin selesai mencari bahan bukti ketika di Tasik Taman Putra Perdana, Puchong. foto MOHD ADZLAN, 4 OGOS 2020.
Zuraida Kamaruddin Hadir Program Korban Aidiladha JBPM 2020
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin memotong daging lembu korban ketika hadir ke Program Korban Aidiladha JBPM 2020 di perkarangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Putrajaya. foto MOHD ADZLAN, 03 OGOS 2020.
Gelagat Rakyat Malaysia – “Pelitup Muka dan Hidung”
Orang awam yang megambil peluang untuk beriadah pada hari minggu sambil mematuhi arahan kerajaan mewajibkan penggunaan pelitup muka di tempat awam dan pengangkutan awam yang sesak bermula 1 Ogos ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 2 OGOS 2020.
Gelagat Penduduk Presint 9, Tumbangkan dan Lapah Lembu Korban #Aidiladha
Penduduk di sekitar Putrajaya melakukan proses melapah lembu yang telah disembelih sempena ibadah korban Hari Raya Aidiladha ketika tinjuan lensa Malaysia Gazette di kawasan lapang Presint 9, Putrajaya. foto MOHD ADZLAN, 31 JULAI 2020.
Daily Life – Solat Sunat Aidiladha, Masjid Putra
Umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Putra, Putrajaya. foto MOHD ADZLAN, 31 JULAI 2020.
Daily Life – Buluh Lemang #HariRayaAidiladha
Peniaga sedang menyusun buluh untuk membuat lemang sempena persiapan terakhir Hari Raya Aidiladha pada esok hari ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 30 JULAI 2020.
Daily Life – Penjual Daging Segar #HariRayaAidiladha
Peniaga tepi jalan menjual daging kepada pelanggan sempena persiapan terakhir Hari Raya Aidiladha pada esok hari ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 30 JULAI 2020.