Friday, September 4, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Agensi

Agensi

18078 Artikel 0 Komen

18 cedera mengancam nyawa dalam serangan pisau di Hamburg

Seorang wanita Jerman berusia 39 tahun telah ditahan di tempat kejadian.

Perancis kesan empat kes varian baharu Covid-19

PARIS - Perancis mengesan empat kes varian baharu Covid-19 NB.1.8.1 buat kali pertama. Empat kes varianbaharu NB.1.8.1 dikesan buat kali pertama di Perancis, penyiar BFMTV yang memetic sumber daripada Pusat Rujukan Kebangsaan di Lyon. "Terdapat beberapa negara yang melaporkannya. Kami telah menemui beberapa kes di Perancis - tidak banyak hanya empat telah dikenal pasti, baik di hospital mahupun dalam komuniti," kata pakar virologi, Bruno Lina. Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) juga memberitahu BFMTV setakat April beberapa kes NB.1.8.1 dikesan di seluruh Jerman, Ireland, Belanda, Sepanyol dan Sweden. Varian NB.1.8.1, kini dominan di China dan merebak di bahagian Asia, telah menyebabkan peningkatan kes Covid-19 dan kemasukan ke hospital di Hong Kong dan Taiwan. Walaupun ia tidak dipercayai menyebabkan penyakit yang lebih teruk, namun orang ramai dinasihati memakai pelitup muka di tempat yang sesak dan meningkatkan bekalan vaksin dan rawatan. Kajian awal mencadangkan varian itu lebih mudah ditularkan kerana strainnya lebih kuat pada sel manusia. - Agensi

Napoli julang Serie A, satu mata di depan Inter Milan

Napoli berjaya mengenepikan pesaing terdekat, Inter Milan yang hanya ketinggalan satu mata pada perlawanan terakhir liga.

Suspek bunuh dua pekerja Kedutaan Israel didakwa membunuh peringkat pertama

Rodriguez juga didakwa membunuh pegawai asing, menyebabkan kematian dengan senjata api dan melepaskan senjata api semasa jenayah keganasan, menurut aduan jenayah.

Perang Gaza dalam ‘fasa paling kejam’, trak bantuan dirompak – PBB

Guterres menggambarkan jumlah bantuan sehingga kini hanya 'satu sudu teh' sedangkan 'kebanjiran' pertolongan diperlukan pada saat ini.

Raja Salman jemput 1,300 jemaah dari 100 negara untuk haji

Program ini juga termasuk pertemuan dengan ulama terkemuka dan imam Dua Masjid Suci untuk memperkayakan perjalanan rohani dan intelek tetamu.

Netanyahu enggan tamatkan perang, ikrar untuk menduduki Gaza sepenuhnya

Pemimpin pembangkang Israel dan keluarga tebusan menuduh Netanyahu memanjangkan perang untuk menenangkan anggota sayap kanan pakatannya dan demi melindungi kedudukan politiknya sendiri.

Suhu panas di Baghdad cecah 49 darjah Celsius

Pada hari Ahad, dua kadet meninggal dunia dan yang lain dimasukkan ke hospital akibat strok haba di akademi tentera di wilayah selatan Dhi Qar, kata pihak berkuasa.

Dua pekerja Kedutaan Israel ditembak mati di Washington

Tembakan dilepaskan di kaki lima di luar Muzium Yahudi Capital di Washington ketika tempat itu menganjurkan satu acara sosial untuk golongan profesional muda dan kakitangan diplomatik.

Mohamed Sinwar ‘mungkin’ sudah dibunuh – Netanyahu

Dalam pada itu, Netanyahu menuduh pihak yang menggesa Israel menghentikan perang Gaza sebagai pihak yang mahu melihat Hamas terus berkuasa.