Agensi
Penduduk New Caledonia diarah berpindah susulan gempa bumi kuat
New Caledonia mengarahkan pemindahan penduduk di kawasan pantai susulan amaran tsunami dikeluarkan selepas gempa bumi kuat di bawah laut dengan 7.6 magnitud melanta perairan timur wilayah Perancis.
Indonesia semak semula kadar levi minyak sawit
Indonesia menyemak semula kadar levi bagi minyak sawit dan produk derivatif berkuatkuasa serta-merta susulan kejatuhan harga kebelakangan ini, mengikut laman web Kementerian Kewangan hari ini.
Harga minyak jatuh 11%
Harga minyak jatuh 11 peratus dalam dagangan hari ini susulan peningkatan inventori Amerika Syarikat (AS) dan kejatuhan pasaran saham global di tengah-tengah kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi.
Vietnam wujudkan talian hotline untuk lapor rasuah polis
Talian hotline itu dibuat ketika tindakan berpuluh-puluh pegawai-pegawai polis dipenjarakan kerana melakukan kesalahan tersebut.
Kerajaan Perancis mengalah, tangguh kenaikan cukai bahan api
Kenaikan cukai bahan api yang menyebabkan berlakunya tunjuk perasaan ganas di Perancis selama tiga minggu ditangguhkan enam bulan lagi.
Senator AS percaya Putera Mahkota terlibat dalam pembunuhan Khashoggi
Menyifat pembunuhan itu sebagai serangan yang kejam, Senator Lindsey Graham berkata, beliau mempunyai "keyakinan tinggi" bahawa Mohammed bin Salman terlibat dalam pembunuhan Khashoggi.
Ballon d’Or milik Modric
Kejayaan bintang Real Madrid itu menamatkan dominasi oleh Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi lebih 10 tahun
Lion Air mungkin batal tempahan pesawat Boeing
Pengasas bersama syarikat penerbangan itu, Rusdi Kirana sangat marah dengan sikap Boeing yang dikatakan cuba mengalih perhatian daripada perubahan rekaan pesawat dan menyalahkan Lion Air di atas insiden berkenaan.
Mahkamah halang Rajapaksa bertindak sebagai PM Sri Lanka
Mahkamah Rayuan Sri Lanka mengeluarkan perintah interim yang menghalang Perdana Menteri yang baharu dilantik, Mahinda Rajapaksa dan Menterinya daripada menjalankan kuasa sehingga mendengar petisyen yang mencabar kuasa mereka.
Harga minyak terus kukuh menjelang pertemuan OPEC
Harga minyak terus kukuh dalam dagangan hari ini berbanding semalam ekoran menjangkakan OPEC akan mengetuai pengurangan bekalan minyak.

















