Mohammad Arif Nizam
Suhaimi tekad pertahan gawang TFC
Suhaimi yang merupakan penjaga gol utama musim lalu banyak bersilih ganti tempat dengan Rahadiazli Rahalim.
Makcik bawang ke pentas teater
Teater Dara & Makcik Bawang dibarisi pelakon wanita senior popular tanahair seperti Ogy Datuk Ahmad Daud, Datuk Ziela Jalil dan Liza Abdullah.
KUSKOP sasar 18,000 pekerjaan baharu dalam bidang francais
Kerajaan mengiktiraf kepentingan industri runcit dan francais kepada ekonomi negara serta telah meletakkan sasaran industri francais untuk menyumbang 9.4 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2022.
Junior Eldstal kembali bersama JDT
Pemain pertahanan negara, Junior Eldstal teruja apabila kembali beraksi bersama kelab lamanya, Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menghadapi baki saingan musim 2022.
Rekod lalu bukan ukuran – Bojan Hodak
Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC, Bojan Hodak, tidak mahu rekod lalu dijadikan perbandingan menjelang pertemuan Lembah Klang ‘derby' dengan Selangor FC pada pusingan kedua Piala FA 2022 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.
Mahkamah beri amaran terakhir kepada Syed Saddiq
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengeluarkan amaran terakhir berhubung kenyataan terbuka Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung kes penyelewengan RM1.2 juta yang sedang dihadapi oleh Ahli Parlimen Muar itu agar tidak berkongsi atau membuat sebarang komen di media sosial selagi kesnya belum selesai di mahkamah.
Pengeluaran RM1 juta tidak ikut prosedur parti – Saksi
Tujuan pengeluaran wang itu untuk bantuan Covid-19 dan Hari Raya Aidilfitri selain program kebajikan Armada, kata saksi pendakwaan.
Syed Saddiq arah keluar wang tunai RM1 juta – Saksi
Syed Saddiq mengatakan wang berkenaan perlu dikeluarkan daripada akaun kerana beliau bimbang berlaku pertukaran pucuk pimpinan Armada dan untuk kegunaan mengukuhkan kedudukannya sebagai Ketua Armada Bersatu, kata Ahmad Redzuan.
Syed Saddiq arah buat sebut harga, resit backdated – Saksi
Abdul Hannan yang berusia 29 tahun sebelum itu dalam keterangannya memberitahu, Syed Saddiq telah memintanya untuk mengemas kini sebut harga dan resit yang dibuat sehingga RM250,000 untuk bekalan baju raya, songkok, songket, aksesori dan hadiah untuk sayap Bersatu.
Penolong Bendahari Armada serah wang tunai RM250,000 dalam beg kertas
Perasaan saya agak terkejut kerana jumlah tersebut agak besar dan saya pula telah disuruh untuk menyimpan duit tersebut, kata saksi.
















