Penerbit teater, Siti Rohayah Attan bergambar kenangan bersama barisan pelakon pada sidang media penganjuran ÒTeater Dara & Makcik BawangÓ di di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 14 JULAI 2022.

KUALA LUMPUR –  Bawang merupakan satu perkataan yang sinonim dengan rakyat Malaysia. Jika dulu bawang hanya digunakan dalam masakan tetapi penggunaannya kini telah diperluaskan.

Bawang kini dijadikan istilah terbaru yang digunakan apabila merujuk kepada individu yang sedang memperkatakan sesuatu isu atau bergosip atau lebih tepatnya ‘membawang’.

Mereka yang membawang itu pula diberi gelaran tertentu seperti mak cik atau geng bawang serta macam-macam lagi. Rasanya semua orang pernah merasa menjadi makcik bawang atau geng bawang asalkan kita dilihat sedang membawang.

Pelakon, Fauziah Datuk Ahmad Daud ketika sesi bergambar selepas sidang media penganjuran ÒTeater Dara & Makcik BawangÓ di di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 14 JULAI 2022.

Lokasinya tidak kenal waktu sama ada di kedai makan, kenduri-kendara, pasar malam, pantri pejabat atau mana-mana tempat lain.

Namun kisah golongan makcik bawang ini akan diangkat ke pentas teater dalam mengiktiraf peranan mereka dalam masyarakat.

Berjudul Dara dan Makcik Bawang, teater ini bakal menemui penonton bermula 22 Julai depan selama tiga hari di Panggung Sari, Kompleks Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Melaka.

Apa yang menariknya produksi ini menggunakan hampir 60 peratus krew dan tenaga wanita sempena sambutan Melaka Bandaraya Warisan Dunia.

Pelakon, Ziela Jalil ketika sesi bergambar selepas sidang media penganjuran ÒTeater Dara & Makcik BawangÓ di di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 14 JULAI 2022.

Malah teater ini dibarisi pelakon wanita popular tanahair seperti Ogy Datuk Ahmad Daud, Datuk Ziela Jalil, Liza Abdullah, Mak Wan Latah, Dr. Rosminah Tahir, Deera Amin, Pavy Raj, Joyce Alau dan Anis Eixora.

Penerbit teater ini adalah penulis dan bekas wartawan terkenal, Siti Rohayah Atan manakala skrip ditulis oleh Rosminah sendiri.

Dara & Makcik Bawang mengisahkan makcik Aminah yang merupakan pengusaha produk industri kampung yang berasaskan bawang bersama bantuan rakan-rakan wanitanya.

Pelbagai insiden berlaku apabila usahawan wanita ini bersama-sama rakan-rakannya ingin mewujudkan Kelab Seni Budaya dan Kebajikan bagi membantu wanita di kampung.

Penerbit teater, Siti Rohayah Attan bercakap pada sidang media mengenai penganjuran ÒTeater Dara & Makcik BawangÓ di di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 14 JULAI 2022.

Penerbit Siti Rohayah berkata, kisah teater ini ingin menunjukkan golongan makcik bawang yang bukan sekadar pandai bergosip namun sikap itu mampu menjana pendapatan buat mereka.

Jelas beliau lagi, penglibatan semua pelakon wanita juga sesuai dengan watak-watak dalam teater itu yang tidak memerlukan kehadiran watak pelakon lelaki.

“Pementasan teater ini juga adalah istimewa dan sejarah buat pencapaian karier teater selama 30 tahun. Ini kerana buat pertama kali saya membawa dan menerbit satu teater di Melaka iaitu negeri kelahiran sendiri,” katanya.

Sementara itu, Dara & Makcik Bawang adalah satu lagi produksi teater CTRA Production serta Gagasan Anak Seni dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), JKKN dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tiket-tiket dijual pada harga RM20, RM 50 dan RM 200 (VIP Gold) boleh dibeli menerusi produksi di talian +6011 1010 5236. – MalaysiaGazette

Pelakon, Liza Abdullah ketika sesi bergambar selepas sidang media penganjuran ÒTeater Dara & Makcik BawangÓ di di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 14 JULAI 2022.