Bernama
Polis temukan rangka milik Orang Asli Kuala Koh
Rangka manusia itu ditemukan bertaburan atas tanah dan sebahagiannya lagi berada di atas pokok.
Pasaran tempatan kekal berdaya tahan
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Muhamad Umar Swift berkata, beberapa bank termasuk UBS Group dan HSBC baru-baru ini menaik taraf saham Malaysia kerana kemampuannya untuk terus bertahan dalam keadaan peningkatan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, mencerminkan keyakinan mereka terhadap prospek pertumbuhan positif Malaysia.
Penyanyi mengaku tidak bersalah simpan dan kurung anak beruang matahari
Zarith Sofia Yasin, 27, yang berbaju merah jambu kelihatan tenang berdiri di kandang tertuduh dan menggangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Manira Mohd Nor.
Mustahil kerajaan Kelantan tak tahu – Timbalan menteri
Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata mustahil kerajaan negeri Kelantan tidak mengetahui terdapat kawasan perlombongan bijih besi berhampiran penempatan penduduk Orang Asli suku kaum Batek di Kuala Koh, Gua Musang.
Mayat wanita dibunuh kekasih sukar dikenal pasti – polis
Proses pengecaman mayat seorang wanita yang ditemukan di dalam kotak di tepi jalan Kawasan Perindustrian Ringan, Taman Setia Indah, di sini, dua hari lepas, sukar dilaksanakan kerana keadaan dan pakaian mangsa sudah mereput.
73,000 ditahan kerana dadah
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, daripada 72,891 individu yang ditahan, seramai 67,887 adalah rakyat tempatan manakala 5,004 orang merupakan warga asing.
Ringgit kukuh
Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1600/1650 berbanding dolar AS daripada 4.1610/1650 pada penutup Selasa.
Bursa dibuka rendah
Pada 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.35 mata pada 1,643.85 daripada 1,651.20 penutup Selasa.
Derita 32 tahun akibat banjir di Kuala Lumpur
Seorang suri rumah tidak menyangka keputusan untuk berpindah ke ibu kota bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik membawa 'derita' selepas terpaksa tinggal di kawasan yang sering mengalami banjir kilat.
Enam warga Malaysia disyaki seludup 37 kg syabu guna kapal layar...
Lima suspek rakyat Malaysia yang ditahan itu berasal dari Johor, manakala seorang lagi berasal dari Perak.
















