Norlaile Abd Rahman
Kami di sini adalah hamba rakyat – Muhyiddin
Menggelarkannya sebagai Tawaran Baharu Kepada Rakyat, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyedari kerajaan pimpinannya adalah berbeza berbanding kerajaan-kerajaan terdahulu kerana tidak dibentuk menerusi pilihan raya umum.
Muhyiddin mahu Tun M iktiraf kerajaan baharu
Muhyiddin mengesahkan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama 10 rakannya yang lain telah pun diterima masuk untuk menyertai Bersatu.
Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 dilancar semula, mungkin lebih besar
Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan Perikatan Nasional akan meneliti sama ada pakej dilancarkan bagi mengurangi kesan ekonomi kepada negara susulan penularan wabak Covid-19 itu dapat betul-betul memberi manfaat kepada semua pihak yang terjejas.
Azmin pengerusi mesyuarat Kabinet jika saya tiada – Muhyiddin
Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diberi tanggungjawab mempengerusikan mesyuarat Kabinet dan melakukan apa yang perlu jika Perdana Menteri tidak berada di dalam negara.
MTE ditubuhkan, pertimbang semula GST dan SST
Tambah Muhyiddin, kerajaan akan memberi pertimbangan kepada semua pilihan yang ada untuk meningkatkan pendapatan termasuk memperkenalkan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Saya mahu gaji saya dipotong, kata Muhyiddin
“Mungkin dengan cara itu kita boleh berjimat,” katanya.
Beri saya masa, perlu dengar taklimat dahulu- Tengku Zafrul
Tidak banyak yang boleh dikongsikan bersama media selepas kira-kira dua jam menjawat jawatan tersebut secara rasmi, Tengku Zafrul meminta supaya beliau dizinkan untuk mendengar taklimat daripada KSP terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.
Masa untuk bekerja dan satukan semula rakyat- MBM
Dengan itu, Majlis Belia Malaysia merayu kerajaan supaya menyegerakan usaha untuk menyatukan semula seluruh rakyat yang sebelum ini berpecah-belah akibat perbezaan pendapat dan pandangan.
Rakyat nantikan sentuhan Tokpa, Zafrul pertahankan ekonomi Malaysia
Mungkin disebabkan itu juga, Perdana Menteri Kelapan ini melantik gabungan pakar dalam bidang masing-masing di dalam Kabinetnya untuk memastikan dasar-dasar kerajaan kali ini benar-benar mampu mengurangi impak luaran kelembapan ekonomi global dan dalam masa yang sama merangsang ekonomi domestik yang sememangnya pemacu utama pertumbuhan Malaysia.
Kabinet baharu mesti tumpu perkhidmatan terbaik, peduli rakyat
Berkali-kali menegaskan barisan jemaah Menteri dan Timbalan Menteri kali ini mestilah memberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan yang fokus, cekap, peduli rakyat dan telus- Muhyiddin tidak lari jauh dari tema ucapan pertamanya sebagai Perdana Menteri.
















