Norlaile Abd Rahman
PNB agih dividen dan bonus RM14.6b
Permodalan Nasional Bhd. (PNB) telah mengedarkan dividen dan bonus sebanyak RM14.6 bilion bagi tahun kewangan 2017 sekaligus menjadikan pembayaran terkumpul sejak penubuhannya adalah RM172.1 bilion.
Agihan dana ASB2 6.75 sen, dana RM10 bilion hampir habis
Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera 2 sebanyak 6.75 sen bagi tahun berakhir 31 Mac 2018 dengan pembayaran keseluruhan sebanyak RM562.9 juta.
KDNK berkembang 5.5-6 peratus tahun ini
Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan ekonomi negara bakal berkembang sekitar 5.5 peratus sehingga 6.0 peratus tahun ini selepas merekodkan pertumbuhan kukuh sebanyak 5.9 peratus tahun lepas didorong oleh permintaan domestik terutamanya sektor perkhidmatan.
Sapura Energy rugi bersih RM2.29 bilion
Sapura Energy Bhd. mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM2.29 bilion pada suku keempat berakhir 31 Januari 2018 susulan caj rosot nilai sebanyak RM2.1 bilion dari segmen kejuruteraan dan pembinaan.
BIMB-Arabesque i Global Dividend Fund 1 agih lapan peratus pendapatan
BIMB Investment Management Bhd. (BIMB Invest), anak syarikat Bank Islam Malaysia Bhd. mengumumkan agihan pendapatan sebanyak lapan peratus bagi dana ekuiti pelbagai matawang global Syariah-ESG, BIMB-Arabesque i Global Dividend Fund 1.
Mufti Wilayah Persekutuan lawat Bob Lokman
Mufti Wilayah Datuk Zulkifli Mohamad meluangkan masa menziarahi penulis lirik terkenal, Bob Lokman yang sedang uzur akibat pelbagai masalah kesihatan.
API hantar staf ikuti latihan dengan Prasarana
Akademi Perkeretaapian Indonesia (API) bercadang untuk menghantar staf penyelenggaraan dan Pusat Kawalan Operasi (OCC) MRT Jakarta mengikuti latihan dengan Akademi Rel Rapid Rail yang dimiliki Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) di Kuala Lumpur.
NTP berjaya, tinggal 20 peratus PNK untuk jadi negara maju
Ini menjadikan jurang ambang batas pendapatan tinggi yang ditetapkan Bank Dunia tinggal 20 peratus lagi ketika ini berbanding 33 peratus ketika transformasi ekonomi NTP dimulakan pada 2010.
PR1MA atasi isu ketidakpadanan permintaan
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) sedang mencari jalan untuk menyelesaikan isu ketidakpadanan di antara permintaan pembeli dengan jenis rumah yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.
Khazanah beli Prince Court
Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) membeli 100 peratus pegangan dalam Prince Court Medical Centre daripada Petroleum Nasional Bhd.

















