Sunday, September 20, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Malinda Abdul Malik

Malinda Abdul Malik

6628 Artikel 0 Komen

JKKP P.Pinang siasat punca runtuhan bangunan logistik

Siasatan itu juga dibuat bagi menentukan sama ada terdapat pelanggaran kehendak perundangan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, kata KSM.

Empat pekerja dikhuatiri tertimbus rupa-rupanya sembunyi di Bayan Lepas

Pada jam 4 petang tadi kita berjaya mengesan dan menahan kesemua empat buruh binaan yang melarikan diri dari lokasi kejadian sebaik runtuhan berlaku.

Bomba bimbang empat mangsa sudah mengeras dalam simen

"Kami tidak menolak kemungkinan kesemua empat mangsa berada dalam timbunan lantai simen yang mengeras kerana kejadian telah berlalu lebih 12 jam,” kata Zulfahmi.

Kerja alih rasuk selesai 80 peratus, empat mangsa masih tertimbus

Rasuk serta saki baki runtuhan perlu dialihkan bagi memberi laluan kepada pasukan penyelamat meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat lagi mangsa yang dikhuatiri tertimbus,” kata Mohamed Usuf.

Kerja pembinaan bangunan logistik dihentikan serta merta – MBPP

Kita sudah keluarkan notis berhenti kerja pembinaan serta merta kepada pemaju dan pihak jurutera, awal pagi ini meskipun siasatan awal mendapati kerja pembinaan bangunan itu berlangsung mengikut jadual,” kata Rajendran.

Operasi mencari empat mangsa tertimbus diteruskan pagi ini

Maklumat yang kami terima daripada pihak kontraktor dan pemaju, mangsa-mangsa berada berdekatan beberapa meter antara satu sama lain susulan mereka sedang menjalankan kerja-kerja meletakkan rasuk (beam),” kata Khairy.

Tiga maut, dua parah manakala empat lagi masih tertimbus

Hasil siasatan dan pemeriksaan mendapati hanya sembilan buruh binaan terperangkap dalam runtuhan itu manakala sembilan lagi telah keluar sebelum kejadian bagi menunaikan solat,”kata Mohamed Usuf.

SAR runtuhan binaan bangunan logistik sukar – Bomba

”Pihak bomba terpaksa menggunakan bantuan jentera kren bagi mengalihkan rasuk (beam) yang dianggarkan seberat 14 tan sebelum meneruskan SAR mengeluarkan mangsa terperangkap,” kata Zulfahmi.

18 mangsa dikhuatiri terperangkap, cedera di bawah runtuhan binaan kilang logistik

Maklumat awal mendapati terdapat 18 mangsa terperangkap serta cedera dalam runtuhan itu.

Gara-gara panik, warga emas rempuh enam kenderaan di lampu isyarat

Empat individu cedera akibat dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi dipandu wanita warga emas di Jalan Bukit Gambir berdekatan pintu keluar Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.