Noraini Razak
Bomba selamatkan kanak-kanak leher tersepit di celah pagar
Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun enam bulan mengalami detik cemas hampir setengah jam selepas lehernya tersepit di celah pagar keselamatan kanak-kanak di rumahnya di Taman Desa Bangau, Temerloh hari ini.
MCA lulus resolusi bubar BN – Presiden MCA
Perhimpunan Agung MCA ke-65 sebulat suara meluluskan resolusi untuk memberi kuasa kepada Jawatankuasa Pusat memulakan proses pembubaran Barisan Nasional (BN) dan membentuk perikatan baharu.
Vincent Tan yakin pemilik beri kerjasama jual tanah kuil
Ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun yang memulakan kempen kutipan derma bagi membeli tanah yang menempatkan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 di sini hari ini yakin pemilik tanah itu akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam usahanya itu.
KDN serah siasatan terhadap Waytha Moorthy, Ganabatirau kepada polis
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis berhubung siasatan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P. Waytha Moorthy dan Exco Kerajaan Negeri Selangor V. Ganabatirau.
Bekas Naib Presiden Gerakan sertai Amanah di Tawau
Bekas Naib Presiden Gerakan, Tan Sri Liew Yun Fah bersama lebih 1,000 orang dari Parlimen Tawau dan Kalabakan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).
Kabinet tarik balik moratorium beberapa akta bagi mengendali kes kuil
Kabinet bersetuju membenarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan beberapa akta yang sedang dalam kajian untuk dimansuhkan sebelum ini dalam mengendalikan kes rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, di sini, Isnin lalu.
Pendeposit Tabung Haji diberi jaminan simpanan mereka selamat
Pengarah Urusan Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung (TH) Datuk Seri Zukri Samat hari ini memberi jaminan kepada semua pendeposit bahawa simpanan mereka selamat.
Penggerak petisyen bantah ICERD menang pemilihan Majlis Peguam, Siti Kassim kandas
Peguam yang menggerakkan petisyen membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD), Lukman Sheriff Alias terpilih dalam pemilihan Majlis Peguam.
Wanita buat laporan polis sepupu ditikam tujuh individu
Seorang wanita tampil membuat laporan polis selepas sepupunya terlantar di Hospital Tawau, dipercayai akibat ditikam dan dipukul di kawasan antara Lorong Jalan Merdeka 3 dan bank CIMB di Fajar di sini, awal pagi tadi.
Etika pemakaian ´lounge suit´ tradisi DUN Selangor – Speaker
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor wajib memakai ‘lounge suit’ ketika menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali pada hari Jumaat, kata Speaker DUN, Ng Suee Li,

















