Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun enam bulan mengalami detik cemas hampir setengah jam selepas lehernya tersepit di celah pagar keselamatan kanak-kanak di rumahnya di Taman Desa Bangau, Temerloh hari ini.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun enam bulan mengalami detik cemas hampir setengah jam selepas lehernya tersepit di celah pagar keselamatan kanak-kanak di rumahnya di Taman Desa Bangau, Temerloh hari ini.

KUANTAN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun enam bulan mengalami detik cemas hampir setengah jam selepas lehernya tersepit di celah pagar keselamatan kanak-kanak di rumahnya di Taman Desa Bangau, Temerloh hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada ibu kanak-kanak berkenaan pada 9.05 pagi sebelum tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi, seorang kanak-kanak perempuan didapati berada dalam keadaan meniarap dengan lehernya tersepit pada pagar keselamatan kanak-kanak di dalam rumah itu.

“Anggota bomba kemudian menggunakan pemotong besi dan berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam tempoh lima minit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast