Noraini Razak
Terengganu bagi rumah, tanah kepada orang muda yang berkahwin
Perkara tersebut akan mula dilaksanakan tidak lama lagi, namun mereka perlu memenuhi syarat utama seperti telah berkahwin, merupakan anak negeri ini dan tidak mempunyai rumah serta tanah sendiri.
Korea Utara beri jaminan rakyat Malaysia selamat – PM Najib
"Kita akan berurusan dengan kerajaan DPRK (Korea Utara) supaya cuba mencari penyelesaian dalam konflik yang sedang berlaku ini tanpa membuat sebarang keputusan yang boleh menimbulkan ketegangan yang lebih buruk." - Datuk Seri Najib Razak
Kedutaan AS puji tindakan Malaysia tangani siasatan kes Kim Jong Nam
Dalam satu kenyataan, Timbalan Setiausaha Negara untuk Hubungan Asia Tenggara dan Pasifik, Daniel Russel, menyifatkan dalam hal ini Malaysia pantas bertindak mengikut lunas yang betul.
Miliki filem lucah sendiri, pengawal keselamatan didenda RM10,000
Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh menjatuhkan hukuman itu ke atas Bashir Khan Abib Rahman, 32, selepas tertuduh mengaku bersalah memiliki satu unit telefon bimbit yang mengandungi satu filem lucah.
Pasukan khas siasat sindiket pengeluaran kad pengenalan palsu
Pasukan khas akan ditubuhkan bagi menjalankan siasatan terhadap kumpulan yang terlibat dengan sindiket pengeluaran kad pengenalan palsu di Sabah.
Ketua Pemuda Bahagian direman bantu siasatan penipuan tawaran RMMJ
Perintah reman terhadap lelaki berumur 43 tahun dan rakan wanitanya yang berumur 41 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.
Siswazah perubatan, pekerja hotel didakwa terlibat aktiviti pelacuran
Seorang siswazah perubatan dari sebuah universiti di Mesir dan seorang pekerja hotel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 54 pertuduhan terlibat dalam aktiviti pelacuran di sini sejak tahun lepas.
Siasatan terhadap dua bekas pengarah eksekutif 1MDB selesai – Kementerian Kewangan
Siasatan melibatkan dua bekas Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Corporation Bhd (1MDB), Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan, selesai, dan tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap syarikat pelaburan strategik tersebut, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Kembung kekal RM22 sekilo, peniaga laksa dan laksam mengeluh
Rata-rata peniaga berkata jika keadaan itu berlarutan, kemungkinan mereka akan tutup gerai kerana tidak sanggup menanggung kos tinggi membeli ikan untuk membuat kuah laksa.
Lelaki ditahan dipercayai muat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor
Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berumur 58 tahun itu ditahan di sebuah restoran di kawasan Dataran Perpaduan Bercham Raya, Ulu Kinta, Ipoh, Perak, kira-kira 11.30 malam tadi.

















