Monday, September 14, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Norlizah Abas

Norlizah Abas

1344 Artikel 0 Komen

Hakim Roz Mawar diarah tarik diri, saman Shahrir terhadap Tommy didengar...

Semua prosiding berkaitan kes saman Tan Sri Shahrir Ab. Samad terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan tiga yang lain berhubung pendakwaan berniat jahat, akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi berlainan.

Zabariah jalankan tugas Presiden Mahkamah Rayuan ganti Abang Iskandar

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd. Yusof dilantik menjalankan tugas Presiden Mahkamah Rayuan berkuasa kuasa semalam, menggantikan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang bersara secara rasmi.

Hakim Besar Malaya laksana tugas Ketua Hakim Negara sehingga jawatan diisi

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim menjalankan tugas Ketua Hakim Negara bermula hari ini selepas Tun Tengku Maimun Tuan Mat bersara wajib, kelmarin.

Najib dan anaknya tidak kemuka bukti kewujudan titah adendum – Peguam...

Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu, Datuk Seri Najib Razak dan anaknya Datuk Mohamad Nizar tidak mengemukakan bukti munasabah berkaitan kewujudan titah adendum, walhal berpeluang berbuat demikian di peringkat permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.

Peguam Negara ada segala peluang sahkan titah adendum – Shafee

Menurut peguam tersebut, pihaknya turut mahukan kepastian kerana dokumen Lembaga Pengampunan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, berbeza dengan titah adendum.

43 tahun Tengku Maimun mencurah bakti

Tengku Maimun turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Badan Peguam Malaysia dan Majlis Peguam termasuk dari Sabah dan Sarawak yang memberikan sokongan padu kepadanya.

Bantahan awal Najib ditolak, rayuan Peguam Negara didengar esok

Mahkamah Persekutuan menolak bantahan awal Datuk Seri Najib Razak untuk mengetepikan rayuan Peguam Negara terhadap keputusan terdahulu yang membenarkan beliau memulakan semakan kehakiman berkaitan titah adendum.

Badan Peguam mahu kedudukan Tun Tengku Maimun diperjelas

Badan Peguam Malaysia menyuarakan kebimbangan kerana setakat ini masih tiada pengumuman rasmi sama ada khidmat Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun dilanjutkan enam bulan lagi meskipun beliau dijadual bersara wajib esok.

Kes bunuh Kevin Morais: Rayuan akhir diputuskan esok

Rayuan akhir enam lelaki termasuk seorang bekas pakar patologi terhadap sabitan dan hukuman gantung kerana membunuh Timbalan Pendakwa Raya mendiang Datuk Anthony Kevin Morais, akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan esok.

Kerajaan perlu umum kedudukan Tengku Maimun, dua hakim lain

Ramkarpal berkata, kerajaan mengutamakan pembaharuan institusi kehakiman, namun beliau tidak faham bagaimana ia boleh dilaksanakan dalam keadaan ramai hakim Mahkamah Persekutuan akan bersara tahun ini.