Tuesday, October 29, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Wartawan MalaysiaGazette

Wartawan MalaysiaGazette

44427 Artikel 0 Komen

Kod etika wartawan harus dikawal industri media bukan kerajaan – Geramm

"Apabila media bebas daripada campur tangan kerajaan, ia berfungsi sebagai pengawas, mendedahkan mereka yang berkuasa dan menyediakan rakyat dengan pelbagai sudut pandangan," kata Geramm.

RUU355 dapat sokongan MP Pas jika kerajaan bentang di Parlimen

"DUPP turut menyatakan keyakinan bahawa pindaan RUU355 akan mendapat sokongan sebulat suara Ahli Parlimen Pas jika Kerajaan Persekutuan bersedia untuk membentangkannya sekali lagi di Parlimen," tegas Ahmad.

Plat kenderaan ‘Gold 1’ milik Yang di-Pertuan Agong

Baginda membida nilai tertinggi dalam sejarah negara sebanyak RM1.5 juta yang akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Azman Ketua Pengarah KPM yang baharu

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Melayu daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana Kepimpinan dan Kepengetuaan daripada Universiti Malaya (UM), berpengalaman selama lebih 34 tahun dalam bidang pendidikan.

Tun Mahathir masih di IJN, keadaan stabil

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dimasukkan ke Instititut Jantung Negara (IJN) di sini, untuk rawatan jangkitan yang dihidapinya. Menurut kenyataan yang dikeluarkan jurucakap beliau hari ini, bekas Ahli Parlimen Langkawi berusia 98 tahun itu dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lalu. "Tun (Dr Mahathir) sedang menerima rawatan untuk jangkitan di IJN, disusuli dengan tempoh berehat untuk pemulihan yang optimum," kata jurucakap itu menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini. Terdahulu hari ini, pendengaran kes saman Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan dakwaan kenyataan fitnah mengenai isu "kutty" yang ditetapkan pada hari ini ditangguh kepada 19 Julai depan.

Jumlah dagangan kembali positif, naik 13.3% Januari 2024

Jumlah dagangan meningkat 13.3 peratus kepada RM234.7 bilion, disumbangkan oleh kedua-dua eksport (+8.7%) kepada RM122.4 bilion dan import (+18.8%) kepada RM112.3 bilion.

32 warga asing ditahan dalam Ops Selera, Ops Sapu

Kesemua mereka yang ditahan dipercayai dengan munasabah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia.

Johor dapat RM168 juta baik pulih jalan

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, peruntukan itu termasuk RM120 juta menaik aras Jalan Johor Bahru-Mersing, RM39 juta agi baik pulih jalan rosak kesan daripada bencana banjir Monsun Timur Laut dan baki RM9 juta bagi baik pulih jalan di Jalan Felda Ulu Tebrau.

Bekas remisier didakwa tipu pelabur, aktiviti pasaran modal tak berlesen

Chuah, 44, dikenakan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas satu kesalahan di bawah Seksyen 179(b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) kerana menipu pelabur.

Palestin: Mohamad wakil Malaysia sertai pendengaran Pendapat Nasihat ICJ

Mohamad berkata, penyertaan Malaysia secara langsung di sesi pendengaran awam ini merupakan kali kedua dalam prosedur mendapatkan Pendapat Nasihat ICJ bagi menyokong Palestin.