Saturday, September 19, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Zulhisham Isahak

Zulhisham Isahak

6319 Artikel 0 Komen

PRN Johor: Senarai kerusi, calon MUDA dimuktamad selepas 14 Jun ini

“Apa yang penting calon MUDA nanti mestilah terdiri daripada anak jati Johor, tahu isu-isu di negeri ini yang akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) kelak."

Bayi lelaki masih hidup ditinggalkan dalam surau

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 20-an yang bertindak meletakkan bayi tersebut di kawasan berhampiran tabung surau.

Amanah, DAP pernah minta bantuan BN menangkan calon PH dalam PRK

"Tidak harus dilupakan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP pernah meminta pertolongan BN Johor semasa untuk memenangkan calon mereka di Pulai dan Simpang Jeram," kata Noor Azleen.

Dua maut tersepit, seorang lagi cedera dalam nahas di Pasir Gudang

"Kemalangan melibatkan kereta jenis Proton Wira dengan nombor pendaftaran tidak diketahui yang melibatkan tiga mangsa tersepit dalam kereta."

Anthony keliru beza tanggungjawab negara, kerjasama politik – Noor Azleen

“Tidak ada asas untuk melabelkan pendirian itu sebagai perkauman. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya disamakan dengan sentimen perkauman,” katanya.

Suami isteri tak boleh lupa detik lihat dua budak jatuh bangunan

Selang seminit kemudian, mereka terdengar pula bunyi kuat dan mendapati terdapat seorang budak lelaki pula yang jatuh.

Lumba punca 5 maut: Pelajar universiti Singapura direman dua hari lagi

Perintah reman terhadap suspek berusia 19 tahun yang juga penuntut sebuah universiti di Singapura dibenarkan Majistret Mustaqim Sukarno selepas tempoh reman sebelum ini tamat hari ini.

Johor perlu kepimpinan integriti, mampu selesai masalah rakyat – Pejuang

“Adakah peluang pekerjaan yang diwujudkan menawarkan gaji yang setimpal? Adakah golongan muda mampu membeli rumah di negeri sendiri? Adakah peniaga kecil dan sederhana mendapat manfaat daripada kemasukan pelaburan asing? Adakah masalah bekalan air dan infrastruktur asas telah benar-benar diselesaikan,” soalnya.

PRN susahkan rakyat, ahli politik hanya fikir pasal kuasa – MUDA

“Ahli politik daripada duduk fikir pasal rakyat, mereka fikir pasal jawatan, fikir pasal kuasa. Mereka fikir bila masa yang paling sesuai untuk aku bubar supaya aku menang," kata Amira Aisya.

Bukan sombong, perkauman tetapi kerana prinsip – Onn Hafiz

“Ini bukan soal sombong. Ini juga bukan soal perkauman. Ini soal prinsip, mandat dan tanggungjawab kepada Bangsa Johor," katanya.