AirRatings.com mengumumkan 20 syarikat penerbangan utama yang paling selamat bagi tahun 2017 daripada 425 syarikat penerbangan global yang dipantau.

Syarikat penerbangan teratas paling selamat buat empat tahun berturut-turut ialah Qantas (Australia) yang bebas daripada rekod kemalangan dalam era pesawat – merupakan rekod luar biasa.

Selain itu, syarikat-syarikat penerbangan yang lain (mengikut abjad ialah) Air New Zealand, Alaska Airlines, All Nippon Airways, British Airways, Cathay Pacific Airways, Delta Air Lines dan Etihad Airways.

EVA Air, Finnair, Hawaiian Airlines, Japan Airlines, KLM, Lufthansa, Scandinavian Airline System, Singapore Airlines, Swiss, United Airlines, Virgin Atlantic dan Virgin Australia.

eva-air

Dalam membuat pilihan, AirlineRatings.com mengambil kira pelbagai faktor yang merangkumi; audit daripada badan-badan yang mengawal industri penerbangan dan peneraju kesatuan; audit kerajaan; kemalangan syarikat penerbangandan rekod insiden yang serius; keuntungan dan usia pesawat.

Kumpulan Pengarang AirlineRating.com, salah satu di dunia yang berpengalaman dan paling banyak menerima anugerah , juga memantau sejarah pesawat setiap syarikat penerbangan dan trek rekodnya memulakan teknologi keselamatan yang baru untuk dipilih dalam senarai 20 syarikat penerbangan paling selamat.

Sebanyak 20 syarikat penerbangan yang berada pada kedudukan atas oleh AirlineRatings.com sentiasa berada di barisan hadapan dalam inovasi keselamatan dan melancarkan pesawat baru serta kecemerlangannya sentiasa menjadi perhatian masyarakat.

AirlineRatings.com juga mengenal pasti sepuluh syarikat penerbangan tambang murah paling selamat iaitu (mengikut abjad) Aer Lingus, Flybe, HK Express, Jetblue, Jetstar Australia, Jetstar Asia, Thomas Cook, Virgin America, Vueling dan Westjet.

Tidak seperti beberapa syarikat penerbangan tambang rendah lain, syarikat-syarikat penerbangan ini lulus dalam semua ujian ketat Audit Keselamatan Operasi Persatuan Pengangkutan Udara (IOSA) yang melakukan 1000 audit barangan dan rekod keselamatan cemerlang.

Daripada 425 syarikat penerbangan yang dikaji, 148 mempunyai ranking keselamatan tujuh bintang tetapi hampir 50 mempunyai hanya tiga bintang atau kurang.

Terdapat 14 syarikat penerbangan dengan hanya satu bintang dan syarikat penerbangan ini adalah dari Afghanistan, Indonesia, Nepal dan Surinam.

Qantas yang dipilih sebagai syarikat penerbangan paling selamat di dunia untuk tahun keempat berturut-turut sepanjang sejarah 96 tahunnya penerbangan masih beroperasi sebagai syarikat tertua di dunia yang memiliki rekod menakjubkan dalam operasi dan keselamatan dan kini diterima oleh Advertising British Standards Association sebagai syarikat penerbangan yang paling berpengalaman dalam industri.

Syarikat penerbangan Australia ini menjadi peneraju dalam; pembangunan sistem udara navigasi; perakam data penerbangan yang memantau pesawat dan prestasi anak kapal; pendaratan automatik menggunakan sistem satelit global navigasi serta ketepatan pendekatan sekitar gunung di awan menggunakan RNP.

Boeing 777 Air New Zealand
Boeing 777 Air New Zealand

Qantas adalah syarikat penerbangan utama dengan pemantauan masa nyata enjin di seluruh kumpulan pesawatnya menggunakan komunikasi satelit, yang membolehkan syarikat penerbangan itu mengesan masalah sebelum ia menjadi isu keselamatan utama.

Walaupun beberapa kemalangan berprofil tinggi pada 2016 tetapi bilangan kemalangan telah menunjukkan penurunan yang stabil dan berterusan sejak dua dekad yang lalu.

Biarpun, kemalangan udara adalah berita yang besar tetapi statistik dari Rangkaian Keselamatan Penerbangan menunjukkan 2016 merupakan tahun kedua paling selamat dalam rekod penerbangan.

ASN berpangkalan di Belanda, yang menyusun pangkalan data kemalangan global, melihat kemalangan di seluruh dunia pesawat awam membawa sekurang-kurangnya 14 penumpang dan mendapati terdapat 19 kemalangan pesawat maut yang melibatkan 325 kematian.

Statistik itu termasuk perbuatan seperti bunuh diri, sabotaj dan rampasan yang boleh dikecualikan daripada beberapa analisis.

Walaupun ini jumlah itu lebih tinggi daripada 16 kemalangan pada 2015, tetapi 2016 tahun kedua paling selamat berdasarkan jumlah kemalangan maut dan kematian.

Nahas pesawat LaMia yang membawa pasukan bola sepak Brazil yang mendapat liputan luas media. Foto Agensi
Nahas pesawat LaMia yang membawa pasukan bola sepak Brazil yang mendapat liputan luas media. Foto Agensi

Sebagai perbandingan, 560 orang meninggal dunia pada 2015, manakala tahun kematian terendah pada 2013, mencatatkan 29 kemalangan.

Sebelas daripada kemalangan dan 288 kematian melibatkan penumpang pesawat tetapi ASN berkata, ini diterjemahkan kepada satu penerbangan penumpang maut setiap 3.2 juta penerbangan.

Ini bermakna penerbangan setakat ini masih cara yang paling selamat untuk perjalanan dan menyediakan konteks liputan media yang meluas kemalangan berprofil tinggi seperti tragedi Lamia di Colombia yang melibatkan pasukan bola sepak Brazil. – MalaysiaGazette