Home Utama SPRM tahan 4 pengurusan kanan Felda

SPRM tahan 4 pengurusan kanan Felda

KUALA LUMPUR – Bekas pengurusan kanan Felda bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana dipercayai telah menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kepentingan sendiri.

Kesemua saspek berusia antara 30 hingga 57 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang antara jam 11.30 pagi hingga 1.30 tengah hari tadi, menerusi Operasi Caviar dilancarkan SPRM.

Menurut sumber, kesemua suspek disyaki terlibat dalam penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Pentenakan Ikan Sturgeon bernilai kira-kira AS$10 juta (RM47.6 juta) sejak tahun 2014

Difahamkan, pada Januari 2013 satu mesyuarat telah diadakan berhbung projek tersebut
bagaimanapun Lembaga Pengarah telah meminta suspek yang berusia 53 tahun untuk menyediakan laporan terperinci berhubung pelaburan projek tersebut untuk dibentangkan kepada lembaga pengarah.

Bagaimanapun, saspek tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah, Bahagian Perundangan dan Bahagian Kewangan telah menubuhkan Felda Carviative Sdn Bhd (FCSB) pada Januari 2014 dan telah mendatangani satu perjanjian dengan sebuah syarikat penternakan Ikan Stugeon di Korea bernilai AS$10 juta (RM 47.6 juta).

Siasatan awal SPRM mendapati, projek tersebut bagaimanapun tidak mendapat kelulusan
Jabatan Alam Sekitar, Negeri Pahang dan pembayaran mula dibuat kepada syarikat Korea tersebut seminggu selepas FCSB ditubuhkan.

Menurut sumber itu lagi, disebabkan unit kewangan juga bawah pengurusannya, suspek setakat ini telah meluluskan kira-kira AS$10 juta (RM 46.5 juta) daripada dana Felda untuk membuat pembayaran kepada syarikat Korea tersebut melalui FCSB tanpa pengetahuan dan kelulusan Lembaga Pengarah sebelum menandatanggani perjanjian tersebut.

Perjanjian kontrak bagi pelaksanaan projek Ikan Sturgeon yang ditandatanggani itu adalah
meliputi pelaksanaan Perjanjian Perkhidmatan Pemindahan Teknologi (TTSA) dan Perjanjian Pembinaan Reka dan Bina (DBCA).

Perjanjian ini dipercayai telah ditandatanggani oleh suspek bergelar Datuk dan suspek berusia 53 tahun yang juga merupakan Pengarah FCSB.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd. Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, pihaknya juga telah merampas dokumen-dokumen berhubung projek tersebut yang dipercayai dapat membantu siasatan SPRM.

Kesemua saspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman esok.  – MalaysiaGazette