Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Inventori minyak sawit Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 6.5 peratus selepas dua bulan berturut-turut mengalami penyusutan.

Menurut PublicInvest Research, sejajar dengan pemulihan pantas dalam pengeluaran, eksport juga dijangka lebih baik tahun ini didorong oleh pemulihan aktiviti ekonomi serantau.

“Dalam jangka masa pendek, permintaan eksport terutamanya daripada Asia Barat dan India dijangka meningkat menjelang Ramadhan.

“Kami mengekalkan kedudukan positif kepada syarikat-syarikat seperti Genting Plantations, Sime Darby, Ta Ann dan TSH,” katanya.

Menurut firma tersebut, inventori mencatatkan dua bulan penurunan.-MalaysiaGazette