Insiden yang menimbulkan kemarahan jemaah yang sedang menunaikan solat Jumaat.

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang pemandu kereta yang membunyikan hon secara berterusan ketika berlangsungnya solat jumaat di sebuah masjid kecoh apabila jemaah di situ bertindak menyerang kereta dan pemandunya.

Video berdurasi seminit sepuluh saat itu dipercayai berlaku di Austin Perdana, Johor Bharu.

Dalam video berkenaan, orang ramai yang solat di situ berang apabila pemandu kereta berkenaan membunyikan hon kereta ketika melalui jalan berkenaan.

Orang ramai dipercayai bertindak menendang kereta berkenaan dan ada juga yang menggunakan kon penanda jalan sebagai senjata menyerang kereta Toyota Camry berkenaan.

Turut kelihatan beberapa anggota keselamatan yang dipercayai cuba untuk meleraikan tindakan marah jemaah berkenaan. -MalaysiaGazette.

Comments are closed.