JAKARTA – Lebih 20 pekerja kilang mercun dilaporkan maut manakala lebih 50 lagi cedera dalam satu kejadian letupan di kilang berkenaan di Tangerang, dekat sini.

Dalam kejadian 9 pagi itu, dilaporkan berlaku dua letupan sebelum kilang itu terbakar.

Menurut laporan media dalam talian, jumlah mangsa yang dilaporkan maut setakat ini ialah sebanyak 23 orang dan kebanyakan mayat ditemukan di bahagian belakang kilang.

“Jumlah korban hingga saat ini 23 orang,” kata Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Daerah Metro Jaya Nico Afinta kepada wartawan di lokasi, Pergudangan 99, Kosambi, Tangerang, hari ini.

Nico berkata semua mangsa yang maut masih belum dikenal pasti dan kebanyakan mayat ditemukan dalam keadaan rentung.-BERNAMA

Comments are closed.