Ketua Pemuda MIC, Datuk Sivarraajh Chandran

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda MIC, Sivaraajh Chandran mempersoalkan mengapa parti itu perlu melepaskan kerusi parlimen Cameron Highlands yang dimenangi PRU-13 kepada parti komponen lain sedangkan MIC boleh mempertahankannya pada PRU-14.

Menurut beliau, sudah tentu MIC tidak akan melepaskan kerusi berkenaan kerana ia adalah salah satu kerusi yang dimenangi oleh parti itu.

“Mana-mana individu yang berfikiran waras akan tahu bahawa ini adalah salah satu daripada empat kerusi MIC telah menang. Jadi, mengapa kita (MIC) mahu memberikan tempat duduk yang boleh dimenangi?,” katanya ketika laporan Free Malaysia Today hari ini.

Sivaraj berkata, beliau sudah mula turun ke Cameron Highlands beberapa bulan lalu untuk bertemu dengan pengundi disana serta untuk memahami masalah mereka dan untuk mengetahui apa yang mereka harap dari parti dan BN.

“Saya bertemu dengan pengundi dalam kumpulan kecil. Saya tidak melakukan program atau membawa jentera dari ibu negara.

“Di sini, anda mesti didekati mendekati pengundi. Sekiranya anda dikelilingi oleh jentera, mereka akan mengelak daripada anda,” katanya lagi.

Beliau kini dilantik selaku penyelaras Parlimen Cameron Highlands bagi mendepani PRU-14 akan datang.

Bagaimanapun, MIC masih belum memuktamadkan calon untuk dipertandingkan di parlimen itu kelak.

Kemelut perebutan kerusi Cameron Highlands bermula apabila Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayvies nekad untuk bertanding di kerusi milik MIC.

Pada 24 Oktober lalu, Kayvies akan berjumpa dengan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dalam masa yang terdekat bagi menyelesaikan kemelut kerusi calon BN bagi parlimen itu.

Terbaharu, New Straits Times dalam satu laporan hari ini melaporkan, Kayveas ingin bertemu Subramaniam minggu depan untuk membincangkan isu kerusi itu. -MalaysiaGazette.

Kayveas jumpa Subramaniam selesai isu calon Cameron Highlands

Comments are closed.