Home Nasional Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang diwujudkan

Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang diwujudkan

48
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara menubuhkan Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang bagi menangani isu-isu berkaitan agama Islam dan perundangan syariah yang berbangkit di peringkat persekutuan dan antarabangsa yang dirujuk kepada jabatan itu.

Penubuhan bahagian itu penting kerana ia akan menjadi tumpuan utama bagi isu-isu Syariah yang dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

Antaranya berkaitan nasihat undang-undang, penggubalan dan penyelarasan undang-undang syariah, ratifikasi sesuatu konvensyen antarabangsa yang mempunyai kesan kepada aspek syariah dan pengharmonian antara undang-undang sivil dengan undang-undang syariah bagi mengatasi konflik bidang kuasa di antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah.

Dalam kenyataan di sini, Jabatan Peguam Negara berkata, berdasarkan Fasal (2) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara mempunyai kewajipan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong, Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Jabatan Peguam Negara berharap penubuhan Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang Syariah itu dapat memastikan penyampaian perkhidmatan Jabatan Peguam Negara berhubung isu-isu syariah dilaksanakan dengan lebih efektif dan berkesan seiring keperluan semasa. – MalaysiaGazette