Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehin Muhkyi bercakap kepada media selepas Majlis Pengumuman Calon-calon PAS Negeri Selangor sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Shah Alam, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 19 APRIL 2018.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehin Muhkyi bercakap kepada media selepas Majlis Pengumuman Calon-calon PAS Negeri Selangor sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Shah Alam, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 19 APRIL 2018.

SHAH ALAM – Pas Selangor malam tadi mengumumkan akan meletakkan calonnya di 20 kerusi Parlimen dan 47 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehin Mukhyi dalam satu majlis di mana 30 peratus calon-calon parti itu terdiri daripada golongan ulama manakala 70 peratus pula adalah dalam kalangan profesional.

“Kesemua calon Pas Selangor lebih kurang 30 peratus ulama, 70 peratus profesional, tapi ulama kita pun profesional.

“Selebihnya (sembilan DUN dan dua Parlimen) kita beri kepada Parti Ikatan dan rakan-rakan dalam Gagasan Sejahtera (letak calon),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pengumuman Calon Pas Selangor di Perkim Village, di sini, hari ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehin Muhkyi berucap pada Majlis Pengumuman Calon-calon PAS Negeri Selangor sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Shah Alam, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 19 APRIL 2018.

Pengumuman calon Pas Selangor itu menyaksikan kesemua wakil parti itu yang mememangi kerusi dalam PRU13 lalu dan menggalas jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor dikekalkan kawasan masing-masing.

Antaranya Datuk Iskandar Abdul Samad kekal di DUN Pandan Indah (Cempaka), Sallehin Mukhyi (DUN Sabak), Zaidy Abdul Talib (DUN Taman Templer) dan Dr Ahmad Yunus Hairi (DUN Sijangkang) serta seorang bekas Exco, Dr Halimah Ali (Selat Klang).

Ditanya tentang sembilan calon Pas Selangor kali ini dipilih dalam kalangan wanita, Sallehin berkata, mereka mendapat sokongan sehingga akar umbi susulan penglibatan dalam masyarakat dan berpengalaman dalam pentadbiran.

“Mereka ini ada pengalaman menjadi Ahli Majlis dan meletakkan diri malah sangat dengan masyarakat setempat.

“Sebahagian diangkat dari kawasan yang sangat didekati dan dikehendaki oleh masyarakat, saya kira Pas Selangor antara teramai menampilkan calon-calon wanita,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Calon-calon Parlimen dan Dun bagi seluruh kawasan negeri Selangor yang ditandingi oleh PAS melafazkan bai’ah pada Majlis Pengumuman Calon-calon PAS Negeri Selangor sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Shah Alam, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 19 APRIL 2018.

Berikut adalah senarai calon-calon Pas Selangor untuk PRU14

P.092 Sabak Bernam: Muhammad Labib Abdul Jalil                N.01 Sungai Air Tawar: Zamri Yahya
N.02 Sabak: Sallehin Mukhyi

P.93 Sungai Besar: Muhammad Salleh Mohd Hussien
N.03 Sungai Panjang: Mohd Razali Shaari
N.04 Sekinchan: Fazdlin Taslimin

P.094 Hulu Selangor: Dr Wan Mat Sulaiman
N.05 Hulu Bernam: Mohammed Salleh Ri
N.06 Kuala Kubu Baharu: Naharudin Abdul Rashid
N.07 Batang Kali: Mohd Hasnizan Harun

P.095 Tanjong Karang: Nor Az Azlan Ahmad
N.08 Sungai Burong: Mohd Zamri Mohd Zainuddin
N.09 Permatang: Muhammad Jafaruddin Syeik Daud

P.096 Kuala Selangor: Muhammad Rashid Muhammad Kassim
N.10 Bukit Melawati: Muhamad Rashid
N.12 Jeram: Mohd Nor Mohd Shahar

N.13 Kuang: Mohd Fauzan Madzlan
N.14 Rawang: Kong Tuck Wah
N.15 Taman Templer: Zaidy Abdul Talib

P.098 Gombak: Ir Khairil Nizam Khirudin
N.16 Sungai Tua: Mohammad Bin Ibrahim
N.17 Gombak Setia: Hasbullah Mohd Ridzwan
N.18 Hulu Kelang: Kamalulhysham Mohd Suhut

P.099 Ampang: Nurul Islam Mohamed Yusoff
N.19 Bukit Antarabangsa: Syarifah Hazlizah Syed Ariffin
N.20 Lembah Jaya: Khasim Abdul Aziz

P.100 Pandan: Mohamed Sukri Omar
N.21 Pandan Indah: Datuk Iskandar Abdul Samad
N.22 Teratai: Mohd Irman Abdul Wahab

P.101 Hulu Langat: Dr Che Rosli Che Mat
N.23 Dusun Tua: Razaly Hassan
N.24 Semenyih: Mad Shamour Mad Kosim

P.102 Bangi: Nushi Mahfodz
N.25 Kajang: Zaiton Ahmad
N.26 Sungai Ramal: Mohd Shafie Ngah
N.27 Balakong: Mohamad Ibrahim Ghazali

P.103 Puchong: Mohd Rosarizan Mohd Roslan
N.29 Seri Serdang: Noor Hanim Ismail

P.105 Petaling Jaya: Noraini Hussin
N.32 Seri Setia: Mohd Ghazali Daud
N.33 Taman Medan: Ariffin Mahaiyuddin

P.107 Sungai Buloh: Nuridah Mohd Salleh
N.38 Paya Jaras: Mohd Hanafi Zulkapli
N.39 Kota Damansara: Siti Rohaya Ahad

P.108 Shah Alam: Dr Mohd Zuhdi Marzuki
N.40 Kota Anggerik: Ahmad Dusuki Abd Rani
N.41 Batu Tiga: Abdul Halim Omar

P.109 Kapar: Dr Abdul Rani Osman
N.42 Meru: Nor Najhan Mohd Soleh
N.43 Sementa: Wan Hasrina Wan Hassan
N.44 Selat Klang: Dr Halimah Ali

P.110 Klang: Khairulshah Kotapan Abdullah
N.46 Pelabuhan Klang: Ustaz Khalid Bin Nayan

P.111 Kota Raja: Mohamed Diah Baharun
N.48 Sentosa: Rajan Manikesavan
N.49 Sungai Kandis: Yusof Abdullah
N.50 Kota Kemuning: Burhan Adnan

P.112 Kuala Langat: Datuk Dr Yahya Baba
N.51 Sijangkang: Dr Ahmad Yunus Hairi
N.53 Morib: Dr Salahudin Hafiz

P.113 Sepang: Sabirin Marsono
N.54 Tanjong Sepat: Ir Mohd Haslin Hasan
N.55 Dengkil: Yusmi Hanif Ariffin
N.56 Sungai Pelek: Rohaya Datuk Mohd Shahir