Amran Ahmad
Amran Ahmad

KUALA LUMPUR – Ahli seumur hidup DAP, Amran Ahmad sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan atau tindakan daripada kepimpinan tertinggi DAP berikutan pendedahan demi pendedahan yang dilakukannya mengenai rancangan jahat parti itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Katanya, pendedahan yang dibuat mengenai propaganda DAP untuk menang PRU dan juga pendedahan terbaharu perebutan jawatan MB Perak juga adalah permulaan untuk mendedahkan belang sebenar parti itu.

“Saya tidak bercadang untuk keluar DAP buat masa ini kerana saya akan melakukan lebih banyak pendedahan kerana merasakan Pakatan (Harapan) tidak layak bertanding dan meemrintah negara untuk lima tahun akan datang.

“Saya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan (tindakan pemecatan),” katanya pada sidang media hari ini di ibu negara hari ini.

 

Sementara itu, Amran belum merancang untuk membuat laporan polis terhadap pendedahan kedua berhubung rancangan DAP mahu menjadikan Dr. Abdul Aziz Bari sebagai Mnteri Besar Perak.

Bagaimanapun Amran mengesahkan dia menerima panggilan polis mengenai pendedahan awal mengenai rancangan DAP mencetuskan propaganda jahat dan fitnah untuk menang PRU pada Sabtu lalu.

“Saya sedia memberi kerjasama kepada polis bila bila masa, dan saya bersyukur polis nyatakan keseriusan dan mengambil berat untuk siasat pendedahan saya kerana impaknya kepada rakyat seluruh negara dalam menentukan undi.

“Mengenai e-mel, saya belum membuat keputusan untuk rujuk polis kerana jadual yang padat dan perlu menerangkan lebih banyak perkara lagi kepada rakyat mengenai Pakatan Harapan,” katanya. – MalaysiaGazette