Dzulkifli Ahmad

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melapor diri ke Jabatan Peguam Negara hari ini.

Tan Sri Dzulkifli Ahmad, tiba di pejabat itu di Presint 4 pada pukul 8.05, lapor The Star.

Dzulkifli tersenyum dan melambaikan tangan kepada media yang menunggu beliau sebelum masuk ke lobi dan mendaftar di kaunter.

Beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa semalam walaupun kontraknya sepatutnya berakhir pada akhir Julai 2021.

Dzulkifli dilantik mengetuai SPRM pada 1 Ogos 2016 menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Sebelum itu, beliau adalah Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara di Jabatan Peguam Negara.

Namun, tidak dipastikan kedudukan Dzulkifli di Jabatan Peguam Negara.- MalaysiaGazette