Aplikasi yang dikenali sebagai ‘Uthavi’ (bantuan) bagi menyalurkan sumbangan keperluan asas dan makanan kepada golongan memerlukan khasnya ketika Covid-19.

KUALA LUMPUR – Ahli dan pemimpin ‘tua’ dalam MIC perlu berundur segera sebagai memberi laluan kepada golongan muda.

Makkal Osai melaporkan bahawa sumber terdekat parti itu dipetik sebagai berkata, tindakan itu mampu mengelak krisis perebutan jawatan kepimpian tertinggi dalam MIC.

Kebanyakan pemimpian lama dan tua dalam parti itu yang dikatakan tidak menyumbang apa apa selama ini mula muncul dan lantang mengkritik menyebabkan kekeliruan dalam kalangan ahli MIC sejak Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Tindakan pemimpin tua dalam parti yang didakwa masih berdegil untuk meninggalkan MIC walaupun Dr. S. Subramaniam mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kedudukannya sebagai presiden mengakibatkan kemarahan ahli dan pemimpin peringkat akar umbi.

Tindakan pemimpin warga tua yang berdegil dan enggan menyerahkan kepimpinan kepada pemuda setelah menikmati segala pangkat serta keistimewaannya selama ini juga mencetuskan kemarahan ahli akar umbi.

Tindakan mereka yang memaksa Subramaniam untuk bertanding semula juga dipersoal kebiadapan pemimpin tua dalam parti berkenaan.

Ada dalam kalangan parti juga berpendapat bahawa warga emas dalam parti seharusnya menunjukkan contoh kepimpinan yang matang kepada generasi muda.

Lagi pun, mana perginya pemimpin tua-tua ini semasa bekas presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dilanda krisis dalaman parti.

Jika parti perlukan reformasi dan pembaharuan total dan menyeluruh, kepimpinan MIC yang didominasi warga tua perlu berundur segera sebagai memberi laluan kepada kepimpinan muda tanpa menunggu PRU 15.

MIC juga digesa mengikut jejak langkah UMNO apabila Najib Tun Razak berundur setelah menerima prestasi buruk BN dalam PRU 14 lalu.

Ahli akar umbi parti itu juga mahu semua pemimpin tua MIC perlu meletakkan jawatan serta merta dan berdiam diri selepas ini.- MalaysiaGazette