TERKINI : “Gairah Nak Untung Punca Ramai Ditipu” – PPIM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa orang ramai lebih berhati-hati dalam membuat sebarang pelaburan lebih-lebih lagi dalam perdagangan mata wang kripto atau cryptocurrency bagi mengelakkan daripada penipuan.

Ketua Aktivisnya, Datuk Johan Nadzim berkata, rakyat akan terus ditipu oleh penyangak mata wang kripto sekiranya kerajaan masih berlenggah menyediakan garis panduan pelaburan baharu yang melibatkan mata wang digital.