JDT
JDT

KUALA LUMPUR – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menundukkan skuad The Red Warriors (TRW) 4-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru malam tadi.

Gol JDT dijaringka Fernando Gaston Elizari Sedano pada minit ke-50, Afiq Fazail (minit ke-56), Safawi Rasid (minit ke-79) dan Safiq Rahim (minit ke-86 menerusi sepakan penalti)

Juara Liga Super itu memastikan Kelantan terus merana tatkala kekal di kedudukan bawahan liga elit domestik ketika berbaki dua perlawanan yang bakal diharungi.

Serangan bertali arus skuad Harimau Selatan nyata mengundang cemas di benteng pasukan pelawat yang kemudiannya memaksa mereka mengatur strategi perlawanan.

Bagaimanapun, TRW tidak berjaya mendapatkan sebarang mata sehingga wisel penamat ditiup menjadikan mereka pulang dengan hampa. – MalaysiaGazette