Foto: Fb Sheffield United

LONDON – Kelab tercorot, Sheffield United tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tumbang 5-1 di Newcastle United lewat malam tadi, lapor BBC.

Pasukan kendalian Chris Wilder kini berada 10 mata di belakang zon selamat dengan hanya berbaki tiga perlawanan susulan kekalahan ke-25 mereka dalam liga musim ini.

Kelab itu yang hanya mencatat tiga kemenangan liga akan kembali ke Liga Kejuaraan hanya 12 bulan selepas memenangi kejuaraan divisyen dua itu.

Mereka mencatat satu rekod baharu bagi gol terbanyak dibolosi dalam musim dengan 38 perlawanan, melepaskan 97 gol dalam 35 perlawanan setakat ini. – Agensi