Khazanah
Khazanah Nasional Bhd terus mencatatkan pertumbuhan serta melindungi asetnya bagi pihak negara, dengan nilai aset bersih (NAV) meningkat kepada RM86 bilion pada 2021 daripada RM79 bilion tahun lepas.

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mengesahkan kesemua ahli lembaga pengarahnya termasuk Tan Sri Azman Mokhtar telah menawarkan peletakan jawatan.

Dalam satu kenyataan di sini, Khazanah berkata, peletakan jawatan itu itu bagi memastikan peralihan di bawah kerajaan yang baru dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.

“Lembaga pengarah yang ada sekarang gembira dapat berkhidmat dan merasakan adalah wajar untuk menawarkan budi bicara dan mengesahkan semula bidang kuasa kerajaan baharu bagi membentuk lembaga pengarah baharu.

Khazanah berkata, sayap pelaburan itu akan mengeluarkan kenyataan lanjut sebaik sahaja mempunyai butiran lanjut tentang penyusunan semula lembaga pengarah. – MalaysiaGazette