Jamal Khashoggi. foto Agensi

ANKARA – Presiden Tayyip Erdogan mengikuti kes kehilangan seorang wartawan Arab Saudi selepas Jamal Khashoggi dilaporkan telah dibunuh di Pejabat Pesuruhjaya Arab Saudi di Istanbul.

Erdogan memberitahu, pihak berkuasa sedang memeriksa rakaman kamera dan rekod lapangan terbang sebagai sebahagian daripada siasatan kehilangan Khashoggi minggu lalu.

Khashoggi yang juga bekas editor akhbar di Arab Saudi dan penasihat kepada bekas ketua perisikan telah meninggalkan negara itu tahun lalu.

Alasan Khashoggi beliau takut akan hukuman akan dikenakan ke atasnya selepas mengkritik dasar Arab Saudi dalam perang Yaman dan tindakan keras terhadap pembangkang.

Wartawan itu dikatakan telah memasuki Pejabat Konsulat Arab Saudi di Istanbul untuk mendapatkan dokumen bagi perkahwinannya.

Pegawai Arab Saudi berkata, Khashoggi telah meninggalkan pejabat tersebut.

Namun, tunang Khashoggi yang menunggu di luar berkata, Khashoggi tidak keluar selepas memasuki pejabat berkenaan.

Dua sumber Turki memberitahu Reuters bahawa pihak berkuasa Turki percaya Khashoggi sengaja dibunuh di dalam konsulat itu.

Erdogan berkata, secara peribadi beliau mengikuti isu itu, namun tidak menyatakan sama ada beliau mempercayai apa yang berlaku kepada Khashoggi.

Sumber Arab Saudi pula menafikan Khashoggi dibunuh dan menyifatkan kenyataan pembunuhan itu sebagai tidak berasas.

Pejabat Konsulat juga menafikan Khashoggi telah diculik. – MalaysiaGazette