KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup tinggi sedikit hari ini berbanding dolar US selepas dirangsang oleh sentimen pasaran yang positif, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit berada pada 4.1530/1560 daripada 4.1580/1600 semalam.

Antara lain, pasaran dirangsang oleh harga minyak mentah Brent yang lebih tinggi yang diniagakan pada AS$80.88 setong, meningkat 0.77 peratus.

“Mungkin dengan Bajet 2019 yang akan datang, kerajaan akan mengumumkan beberapa imbuhan, di samping langkah-langkah yang dapat meningkatkan ekonomi dan pada masa yang sama mengurangkan hutang,” katanya, sambil menambah bahawa ini akan menarik lebih ramai pelabur asing ke negara ini.

Sementara itu, berbanding sekumpulan mata wang utama lain, mata wang tempatan itu didagangkan bercampur-campur.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0149/0175 daripada 3.0124/0143, susut berbanding euro kepada 4.8092/8139 daripada 4.8054/8094 pada Khamis tetapi meningkat berbanding yen kepada 3.6971/7008 daripada 3.7052/7080 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4861/4917 daripada 5.4873/4916 semalam. – MalaysiaGazette