Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa bercakap kepada media pada sesi Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 29 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – Bukan semua 310,000 gay dalam Malaysia melakukan seks sejenis, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.

Sebaliknya kata beliau, ada yang hanya mempunyai keinginan sahaja tapi tidak bertindak melampaui agama.

“Yang disebut bilangan itu dia kena break down (pecahan) lagi, isunya dia ada keinginan tetapi tak semestinya dia buat itu, kamu jangan ambil secara general (umum), terus kata habis dia buat salah.

“Kita tak boleh kata lebih lebih 300,000 itu semua terlongok dalam perkara yang mereka telah lakukan, dia punyai perasaan dan sebagainya yang dikenal pasti.,” katanya pada sidang media.

Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof dilaporkan berkata jumlah gay dalam negara kini bertambah kepada 310,000 orang berbanding Statistik Kementerian Kesihatan pada 2013 iaitu 173,000.

Pendekatan kepada golongan ini, menurut beliau, sebagai langkah awal untuk memberi kesedaran dan tindakan awal yang boleh dilakukan oleh kerajaan selain program-program kesedaran kepada masyarakat secara amnya.

“Dia ada keinginan jadi kita tangani awal dan cuba dapat maklumat awal secara psikologi kita dapat selesai masalah

“Ada yang dia terlibat perbuatan dengan songsang itu dan dia sedar dan benda itu tidak betul, dia balik.

“Itulah yang kita secara proaktif mengadakan program-program seperti tadi iaitu menerang kepada orang ramai bukan sahaja isu bilangannya tapi apa yang kita buat untuk kita menangani isu itu sacara positif.

“Jadi secara positif itu kita, sama ada kita terangkan kepada awam, beri nasihat, kita suruh mereka kawal dan suruh baiki dan ini antara yang saya ulang dulu isu ini kepada kami melihat secara positif menanganinya bukan secara negatif seperti setengah pihak,” jelasnya. – MalaysiaGazette