Sebahagian pemilik restoran membuat demonstrasi bantahan pada sidang media pemilik restoran membantah langkah larangan merokok di Malaysia Singapore Coffee Shop Proprietors’ General Association di Jalan Pudu, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 12 NOVEMBER 2018.
Sebahagian pemilik restoran membuat demonstrasi bantahan pada sidang media pemilik restoran membantah langkah larangan merokok di Malaysia Singapore Coffee Shop Proprietors’ General Association di Jalan Pudu, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 12 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Tiga persatuan pengusaha restoran membantah larangan merokok di premis perniagaan.

Ketiga-tiganya ialah Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura (MSCSPGA), Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS).

Mereka yang mewakili 20, 000 pengusaha restoran untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap pengumuman larangan merokok di semua restoran dan premis makanan oleh Kementerian Kesihatan bermula 1 Januari 2019.

Presiden MSCPGA, Datuk Ho Su Mong mendakwa kerajaan telah melucutkan hak mereka membuat keputusan perniagaan mereka sendiri.

MGF12112018_PC Bantah Larangan Merokok_06
Presiden Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura, Datuk Ho Su Mong bercakap pada sidang media pemilik restoran membantah langkah larangan merokok di Malaysia Singapore Coffee Shop Proprietors’ General Association di Jalan Pudu, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 12 NOVEMBER 2018

“Kedai makan kami bukan milik majlis mahu pun kerajaan. Pandangan kami juga lebih penting.

“Kami tidak meminta pelanggan untuk merokok sebaliknya kami hanya menginginkan hak untuk menyediakan khidmat bagi kedua-dua jenis pelanggan iaitu perokok dan tidak,” ujarnya dalam sidang media hari ini.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan bahawa perokok dibenarkan merokok hanya pada jarak 10 kaki dari restoran.

“Kerajaan seharusnya bersifat inklusif dan berbincang dengan kesemua pihak terlibat yang berkesan dengan undang-undang baharu ini serta benar-benar memahami cabaran ini.

“Di negara-negara lain, merokok dibenarkan di kedai-kedai makan terbuka tetapi kerajaan menyediakan ruang merokok serta tong sampah dengan tempat habuk rokok pada setiap jarak dua atau tiga meter.

“Ketika kunjungi ke Jepun, saya dapat melihat kebanyakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan bagi memenuhi keperluan perokok pada masa sama tidak memberi kesan kepada individu sekeliling yang tidak merokok,” kata Su Mong.

Menurutnya, sebagai pemilik kedai kopi yang menyediakan ruang bagi pengguna untuk sama ada mereka yang merokok atau tidak pelanggan wajar diberi hak dan kebebasan mereka untuk memilih.

Wakil PRIMAS, T. Mutusamy pula berpendapat, ramai perokok tidak pergi ke restoran dan sebaliknya makan dan merokok di rumah sahaja sekiranya larangan merokok dilaksanakan.

MGF12112018_PC Bantah Larangan Merokok_07
Presiden Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia, T. Mutusamy bercakap pada sidang media pemilik restoran membantah langkah larangan merokok di Malaysia Singapore Coffee Shop Proprietors’ General Association di Jalan Pudu, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 12 NOVEMBER 2018

“Lagi pun, merokok telah pun dilarang di semua tempat awam dan tempat makan berhawa dingin,” ujarnya.  – MalaysiaGazette