Reaksi ceria Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan) selepas keluar dari dewan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 29 SEPTEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Atas dasar mahu menyelamatkan UMNO daripada rebah – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyerahkan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan memangku tugas-tugas presiden serta merta hari ini.

“Saya merasai keresahan segelintir pimpinan UMNO kerana khuatir mereka akan menerima tekanan, siasatan dan tuduhan demi tuduhan yang saya alami.

“Demi keutuhan UMNO dan demi kepentingan pimpinan di semua peringkat terutama ahli-ahli Parlimen dan ADUN-ADUN serta UMNO bahagian-bahagian, langkah-langkah menyelamatkan situasi tersebut harus dilakukan segera,” ujarnya dalam satu kenyataan malam ini.

Ahmad Zahid berharap dengan penyerahan kuasa kepada Mohamad, semua polemik mengenai kepimpinan ditamatkan dan beliau memberi kepercayaan kepada Mohamad.

“Saya menyeru supaya tiada lagi tindakan keluar parti daripada ahli-ahli parlimen dan ADUN-ADUN selepas ini,” katanya.- MalaysiaGazette