Gambar hiasan

KUALA LANGAT – Seorang pekerja wanita tempatan maut selepas dipercayai tersepit mesin lifter dalam kejadian di sebuah premis di kawasan Telok Panglima Garang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius di bahagian kepala selepas dipercayai terhimpit mesin berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan kira-kira pukul 11 pagi.

Menurut beliau, mangsa kemudian dibawa ke klinik kesihatan berdekatan kira-kira pukul 11.20 pagi untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mohd Akmalrizal berkata, pemeriksaan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian tersebut.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Banting untuk tindakan lanjut.

“Kes masih dalam siasatan,” katanya.

Katanya lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here