Ab Rauf menyampaikan sijil penghargaan kepada sebahagian daripada 40 pesara Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka 2026 , di sebuah hotel di Banda Hilir di sini hari ini.

MELAKA – Pesara penjawat awam disifatkan sebagai antara ‘tiang seri’ yang membantu membangunkan dan memajukan Negeri Melaka sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, sumbangan serta jasa bakti golongan berkenaan tidak seharusnya terhenti selepas mereka bersara daripada perkhidmatan kerajaan.

Beliau berkata, pengalaman dan pengorbanan mereka akan terus menjadi kenangan serta pedoman kepada generasi penjawat awam yang meneruskan khidmat kepada negeri.

“Saya amat tersentuh dan juga terharu kerana mereka yang telah pun bersara ini sebahagian daripada tiang seri yang sama-sama dengan saya memajukan Negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka 2026 , di sebuah hotel di Banda Hilir di sini hari ini.

Menurut Ab Rauf, majlis berkenaan amat bermakna kerana ia menjadi penghargaan kepada individu yang telah mencurahkan khidmat mereka kepada kerajaan negeri.

“Persaraan tidak semestinya terhenti sebuah perkhidmatan, tetapi jasa budi akan menjadi kenangan dan pedoman kepada generasi penerus untuk terus berkhidmat dengan lebih baik dan cemerlang,” katanya.

Majlis berkenaan membabitkan 48 penerima terdiri daripada 40 penjawat awam yang bersara dan lapan waris pesara yang meninggal dunia ketika masih dalam perkhidmatan kerajaan negeri.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pesara atas khidmat yang telah dicurahkan sepanjang berada dalam perkhidmatan kerajaan negeri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here