Unai Emery diletakkan harapan oleh Arsenal
Unai Emery

LONDON – Arsenal kini berusaha untuk mendapatkan pemain Chelsea, Gary Cahill dalam usaha memperkukuhkan tembok pertahanan kelab tersebut.

The Sun melaporkan The Gunners sedang mengalami krisis di bahagian pertahanan susulan kecederaan yang dialami lima pemain pertahanan mereka.

Pemain tersebut adalah Hector Bellerin, Rob Holding, Konstantinos Mavropanos, Shkodran Mustafi, dan Nacho Monreal.

Pengurus Unai Emery kini tidak mempunyai pilihan lain dengan hanya bergantung harap kepada Sokratis Papastathopoulos dan Laurent Koscielny sahaja di bahagian pertahanan.

Emery juga terpaksa menggunakan khidmat Granit Xhaka bagi menampung di bahagian pertahanan tengah pasukan.

Situasi itu jelas menggambarkan yang Arsenal sedang berdepan permasalahan paling besar dan Emery perlu segera membuat perancangan jangka masa pendek dalam misi untuk membantu pasukan itu bersaing di pentas Liga Perdana pada musim ini.

Cahill menarik minat mereka berdasarkan pengalaman luas dan harga yang tidak terlalu mahal.

Senario itu meletakkan pemain kebangsaan England berusia 33 tahun itu adalah pilihan yang terbaik buat kelab London itu ketika ini. – MalaysiaGazette