KUALA LUMPUR – Agak berahsia perhubungan sebelum ini, pelakon Elfira Loy akhirnya muncul bersama tunangnya, Faris Khairol Anuar apabila mereka digandingkan dalam sesi fotografi sebagai penghias sampul hadapan sebuah majalah tempatan.

Elfira turut memuat naik hasil gambar muka depan itu di Instagram peribadi hari ini.


“This is our first photoshoot and interview together,”
 tulis Elfira.

Pada masa sama, Elfira turut meletakkan #farisnotfattah dan ia telah menarik perhatian netizen yang menyamakan wajah tunangnya itu dengan pelakon Fattah Amin.

Elfira Loy selamat mengikat tali pertunangan kali kedua pada awal September lalu selepas tujuh bulan putus tunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi.

Majlis merisik dan bertunang itu diadakan secara tertutup di kediamannya di Alam Damai, Cheras

Hubungan Elfira, 24, dengan jejaka dikenali Faris Khairol Anuar itu mula dihidu beberapa bulan lalu apabila dia memuat naik foto bersama di laman Instagramnya.

Faris, 27, merupakan seorang pengurus besar di sebuah syarikat telekomunikasi dan anak seorang Datuk. – MalaysiaGazette