Tun Dr Mahathir hanya sempat meluangkan masa beberapa jam sahaja untuk menghadiri satu persidangan mengenai Afrika di sini pada Khamis, tetapi dalam masa yang singkat itu beliau sempat mencurahkan pelbagai ilmu dan pandangan mengenai tadbir urus dan pembangunan yang terbukti berguna untuk negara-negara Afrika.
Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan, Kabinet telah mengambil keputusan berhubung projek berkenaan namun terdapat perubahan yang perlu dibuat menyebabkan rundingan lanjut dengan pihak-pihak tertentu masih belum dapat diselesaikan.

KUALA LUMPUR – Malaysia mungkin akan meneruskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tetapi dengan skala yang lebih kecil, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Jelasnya, kedua-dua negara masih meneruskan rundingan berhubung projek yang telah dihentikan sejak Julai lalu namun setakat ini masih belum menemui penyelesaian terbaik.

Malaysia berada di dalam dilema sama ada mahu meneruskan projek tersebut ketika negara tidak mempunyai keupayaan kewangan yang mencukupi atau membatalkannya tetapi terpaksa membayar ganti rugi yang besar kepada China.

“Apa yang kami cuba lakukan adalah untuk memastikan Malaysia tidak berbelanja terlalu banyak dan China pula tidak perlu menanggung kerugian yang besar.

“Dengan itu kami masih lagi berunding sama ada secara rasmi atau tidak rasmi dengan mereka.

“Pada China, ini merupakan kontrak yang menguntungkan dan disebabkan itu mereka enggan untuk membuat sebarang perubahan.

“Bagaimanapun, ia bukan sesuatu yang mudah kerana kita terikat dengan kontrak dan tidak boleh membatalkan projek tersebut dengan mudah kerana kita tiada duit untuk membayar kepada China.

“Kita telah membayar jumlah yang besar kepada China selepas penangguhan projek tersebut,” katanya dalam satu temubual bersama Sin Chew Daily.

Media Barat telah melakukan pentafsiran di luar konteks apabila menyamakan penundaan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sebagai kegagalan Belt and Road Initiative (BRI) oleh China.
Arkib Projek ECRL

Dengan itu, menurut Dr. Mahathir, Malaysia akan membuat pindaan terhadap projek berkenaan atau mencari jalan lain supaya perbelanjaan kerajaan dapat dikurangkan.

Sebelum pilihanraya umum ke-14 yang lalu, Pakatan Harapan telah berjanji untuk membatalkan projek ECRL kerana menurut Perdana Menteri terdapat kelemahan dalam terma dan syarat di dalam kontrak dan pembiayaan projek tersebut.

Menurut kerajaan Barisan Nasional sebelum ini projek ECRL hanya menelan kos sebanyak RM55 bilion sahaja namun kerajaan Pakatan Harapan berkeras mengatakan kos sebenar projek tersebut adalah RM81 bilion.

Tambah Dr. Mahathir, projek laluan rel sepanjang 688 kilometer yang menghubungkan Perlabuhan Klang, Selangor dengan Pengkalan Kubor di Kelantan itu adalah satu pembaziran kerana kerajaan tidak akan mendapat apa-apa manfaat daripadanya.

Jelasnya, jajaran keretapi Pantai Barat juga tidak memberi pulangan kepada kerajaan walaupun digunakan ramai.

“Tidak ramai yang akan menggunakan laluan ECRL dan penggunanya kebanyakannya adalah orang miskin dan tidak membuat perniagaan yang besar seperti di laluan rel Pantai Barat, jadi kerajaan tidak akan mendapat pulangan (daripada pelaburan terhadap projek ECRL).

“Pulangan daripada projek berkenaan boleh dikatakan “kosong” dan kita terpaksa membayar semula hutang bernilai RM55 bilion,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir turut menafikan beliau adalah pemimpin “pro-Jepun dan anti-China” kerana telah mempertahankan China dalam satu forum yang dihadirinya di Jepun.

“Mereka tanya perasaan saya terhadap China. Saya kata Malaysia sentiasa berhubung dengan China dan kami adalah rakan dagang.

“Kami sentiasa bersahabat dengan China,” ujarnya.

Tambah beliau, China telah datang ke Malaysia untuk berdagang sejak berabad lalu namun tidak pernah menjajah Malaysia seperti Portugis.

“Jadi, negara mana yang anda perlu takuti? China atau Eropah,” soalnya.

Menurut Dr. Mahathir, rakyat China sebelum ini mengetahui beliau adalah rakan.

“Sekarang saya dikatakan tidak mesra China hanya kerana kerajaan kita sedang menilai semula projek ECRL dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah?

“Kerajaan China memahami masalah kewangan Malaysia.

“Bukan kita tidak mahukan projek berkenaan tetapi projek-projek tersebut adalah projek yang teruk dan kita tidak mampu untuk melaksanakannya,” katanya lagi.

MGF26052018_MAJLIS PENAMPILAN ANAK GERGASI PANDA13
Panda gergasi yang dihadiahkan oleh kerajaan China kepada Malaysia

Ditanya mengenai cadangan supaya dua panda gergasi yang dihadiahkan oleh China dipulangkan lebih awal, Dr. Mahathir menegaskan perkara tersebut tidak akan berlaku.

“Tidak, ia adalah hadiah dan simbol hubungan dua hala di antara Malaysia dan China dan kita akan menjaga panda-panda tersebut dengan baik,” katanya sambil menegaskan Kabinet tidak pernah membincangkan perkara tersebut.

Menurutnya, beliau tidak tahu-menahu mengenai kenyataan Menteri Air, Tanah dan Alam Sekitar, Dr. Xavier Jayakumar yang mengatakan Putrajaya akan berbincang dengan kerajaan China mengenai status Program Konservasi Panda Gergasi pada 2019.-MalaysiaGazette