AirAsia

KUALA LUMPUR – Kisah seorang wanita yang tidak dibenarkan masuk ke dalam pesawat AirAsia untuk pulang ke Tawau kerana lewat lima minit tidak sepatutnya berlaku jika kakitangan syarikat penerbangan tambang murah itu menggunakan budi bicara dan berperikemanusiaan.

Apatah lagi insiden itu berlaku ketika penumpang berkenaan, Siti Aisyah Thomas dalam keadaan bergegas balik untuk melawat bapanya yang meninggal dunia.

Seorang juruterbang memberitahu MalaysiaGazette, pada dasarnya tidak ada masalah pun sekiranya kakitangan di bahagian darat (ground staff) dimaklumkan perkara sebenar.

Ini kerana, pertimbangan untuk menangguhkan penerbangan adalah atas budi bicara kakitangan berkenaan.

“Mereka kemudian akan memaklumkan kepada juruterbang. Pada pandangan saya sebagai juruterbang tidak ada masalah pun kalau tertangguh lima, 10 minit apatah lagi membabitkan isu-isu kecemasan seperti kematian.

“Tidak ada salahnya jika kita saling memahami, membantu orang dalam kesusahan,” katanya.

Artikel berkaitan: Kru AirAsia didakwa tak timbang rasa kepada penumpang kematian ayah

Namun, menurut juruterbang itu, kejadian yang menimpa Siti Aisyah tidak mengejutkan kerana kakitangan di bahagian darat memang mematuhi jadual penerbangan kerana ketepatan masa berlepas pesawat dijadikan pengukur Indeks Prestasi Utama (KPI) mereka.

Jika berlaku penangguhan penerbangan, ia bukan sahaja menjejaskan KPI kakitangan di bahagian darat tetapi elaun mereka turut dipotong.

“Gaji kakitangan di bahagian darat kecil, tetapi elaun banyak. Jadi, ini salah satu sebabnya juga,” tambah juruterbang kanan sebuah syarikat penerbangan di negara ini.

Mengulas lanjut, juruterbang itu berkata, penangguhan penerbangan dalam tempoh lima atau 10 minit tidak menjejaskan keseluruhan penerbangan kerana tempoh masa boleh disesuaikan (adjust) semula semasa penerbangan.

Malah, untuk memaklumkan kepada kawalan trafik udara juga bukan satu masalah besar.

“Semuanya bergantung kepada pertimbangan – mahu atau tidak sahaja,” menurutnya yang biasa menggunakan pertimbangan dan budi bicara terutama ketika melakukan penerbangan haji dan umrah.

Kata juruterbang itu, mengendalikan penerbangan haji atau umrah selalunya memerlukan pertimbangan kemanusiaan memandangkan juruterbang berdepan dengan jemaah warga emas dan dalam kalangan mereka yang uzur.

“Bagi saya mudah sahaja, jika kita permudahkan urusan orang, Insya-Allah, urusan kita akan dipermudahkan.

Semalam, seorang warganet melahirkan rasa kesalnya terhadap kru penerbangan AirAsia yang melarang Siti Aisyah menaiki pesawat selepas wanita itu lewat lima minit.

Insiden itu berlaku pada pukul 5.25 petang pada 10 Februari lalu.

Tindakan itu menyebabkan Siti Aisyan terpaksa membelanjakan lebih RM1,000 untuk membeli tiket baharu untuk pulang ke Sabah.

Menurut Nurul Adira Mohamad menerusi ciapan twitternya, Siti Aisyah menerima berita kematian ayahnya di Tawau pada 12.30 tengah hari pada tarikh yang sama.

Siti Aisyah yang berada di Johor Bahru telah meminta rakannya menghantar klia2 supaya dia dapat menaiki pesawat pada pukul 5.25 petang.

Malang, dia lewat lima minit ketika tiba di pintu K2 dan tidak dibenarkan memasuki pesawat walaupun abang Siti Aisyah yang sudah berada dalam penerbangan AK5740 membuat rayuan.

Penerbangan AK5740 adalah pesawat terakhir dari klia2 ke Tawau.

Dalam keadaan itu, Siti Aisyah terpaksa membeli tiket penerbangan baharu tetapi hanya transit ke Kota Kinabalu dan perlu menunggu keesokan harinya untuk pulang ke Tawau. – MalaysiaGazette

9 Komen

  1. Baru baru ini berlaku kepada anak saya disebabkan masalah menguruskan bagasi, belia lewat bberapa minit.. dan dia tidak dibenarkan masuk walaupun merayu tetapi pintu tidak dibuka. Ank saya terpaksa mengambil perkhidmatan bus utk ke Alor Setar.

  2. Airasia memang selalu mcm ni x ada tolak ansur tiket pun bukan murah klau melibatkn tiket kecemasan… Memang kesal dgn airasia

  3. Memang airline kena strict,, Kalau kat international airport lain tak layann laa. Cuma klia 2 kalau Nak ke boarding gate mcm berjalan ke padang 10x Dari kaunter check in , bergerak ke terminal & boarding gate. Kena ade stamina medium level.. org2 sakit lutut abis aaaa…Design airport Yg sgt tak passenger friendly walaupun airport Baru. Mall sebesar2 nyer bangunan…pastu baru bangunan terminal. ” Mengkomersilkan” public transport… bagus lagi Heathrow Yg leh handle ramai passenger

  4. Airasia…kalau dia lewat senang2 jak minta maaf..tapi kalau kita yg lewat..haram nak mampus dia bagi kita kemaafan walaupun tiket da bayar….

  5. Saya terlewat sampai aport senai disebabkan ada accident d tgh jln dan terkandas dlm perjlnan selama satu jam. Sesampai ke airport masih ada 30 minute dr penerbangan tapi bhg luggage tidak mahu melayan saya . Walaupun merayu n bagi tauk ada accident. So anak2 d cucu seramai 5 orang naik flight tanpa drop luggage dan saya terpaksa tinggal seorang diri, bawa semua luggage. Cek in hotel sebelah aport utk next flight iaitu pagi esoknya. .Beli tiket baru beli luggage.. .. Terima kasih AA

  6. Saya puji prkhidmatan yg d beri oleh pihak MAS krana prnah suatu ktika dhulu saya terlewat, tlah bbrapa kali nama d pggil, tetapi atas sbb sya dah check in, prbgan trsbut masih mnggu, dgn sepenuh hati sya brlari masuk k dlm pesawat trsebut. Kru MAS hanya trsenyum mlihat gelagat saya. Suatu pglaman yg x mgkin d lupakan

  7. sayang nya airasia… nama gah di persada dunia. terbaik dunia. tapi miskin dalam sedekah akhirat. saya sarawak memberi sedekah dan kemaafan kepada anda. Ingat terbaik dunia. tapi miskin akhirat. nak betul kaya….. jadi yg terbaik…. org no 1 aa….

  8. nak selamatkan KPI terpaksalah ikut jadual tepat. nanti elaun melepas. poket dulu kena jaga orang tak kesah. duit tambang dah dapat kapal terbang pun ringan sebab kurang passenger. barulah lah untong .

Comments are closed.