TERKINI : UPACARA LOMPAT PARTI! Tujuh Ahli Parlimen Masuk PPBM

PUTRAJAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini mengumumkan penerimaan tujuh ahli Parlimen UMNO ke dalam parti itu.

Tujuh ahli Parlimen tersebut iaitu Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsuddin, Hamzah Zainuddin (Larut), Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor), Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah); Abdul Latiff Ahmad (Mersing) Rosol Wahid (Hulu Terengganu) dan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam).

Pengumuman dibuat oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media di sini hari ini.

Mahathir turut menyerahkan kad keahlian parti itu kepada bekas ahli parlimen UMNO berkenaan.

Bekas timbalan menteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin meninggalkan UMNO pada Julai tahun lepas dan mengemukakan permohonannya untuk menyertai Bersatu pada Disember lalu.