Foto Sky Sport.

LIVERPOOL – Bayern Munich mula meluahkan keyakinan untuk layak ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas seri 0-0 pada pusingan pertama kelompok 16 terakhir di Anfield, awal pagi tadi.

Tuan rumah yang beraksi di bawah kemampuan sebenarĀ  keputusan perlu menunggu pada pertemuan kedua di Munich pada 13 Mac ini.

Liverpool mampu mendapat bekalan satu gol jika penyeranh Sadio Mane tidak mempersiakan peluang terbaik buat tuan rumah pada minit akhir separuh masa pertama.

Namun pada babak kedua kurang menarik apabila kedua-dua pasukan menampilkan aksi berhati-hati.

Liverpool turun tanpa Virgil van Dijk kerana penggantungan dan kecederaan dialami Joe Gomez serta Dejan Lovren.

Jurgen Klopp terpaksa membuat pertukaran di pertahanan tengah apabila pemain tengah Brazil, Fabinho bermain posisi bek tengan dengan Joel Matip.

Keadaan itu menyebabkan pada awal saingan tuan rumah tampak gementar di belakang. – MalaysiaGazette