Jefferi M Hashim

KUALA LUMPUR – CIMB Group mengumumkan pelantikan Jefferi M Hashim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Investment Bank Berhad.

Pelantikan itu berkuatkuasa 1 Mac ini.

Jefferi yang menyertai CIMB pada September 2017 mempunyai 20 tahun pengalaman dalam bank pelaburan daripada beberapa kewangan syarikat multi nasional termasuk dalam pasaran modal ekuiti, penstrukturan hutang, pembelian dan pengambilanalih dan pelbagai khidmat nasihat kewangan.

Malah, beliau pernah menyertai Unit Perancang Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri.

Buat masa ini, beliau adalah Timbalan Ketua Perbankan Kanan Kumpulan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Investment Bank. – MalaysiaGazette