Sukarelawan, Muhd Haziq Ahmad Hamidi memeriksa keadaan ruang dalam van jenazah pada Majlis Doa Selamat dan Penyerahan Van Jenazah Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di Surau Al-Amin, Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 07 MAC 2019

KUALA LUMPUR – Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergiat aktif menyediakan perkhidmatan pengurusan termasuk penghantaran jenazah mereka yang beragama Islam.

Disebabkan permintaan yang tinggi daripada masyarakat setempat, kesemua empat van jenazah yang mereka miliki tidak mampu lagi menampung keperluan yang semakin mendesak.

Keadaan diburukkan lagi kerana kesemua van jenazah yang mereka miliki semakin usang, rosak dan ada yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Ini memaksa mereka terpaksa melancarkan kempen mengumpul dana bagi pembelian sebuah lagi van jenazah yang menelan belanja kira-kira RM80,000.

Namun tak siapa sangka, dalam tempoh tak sampai dua minggu, kempen pengumpulan dana yang dilancarkan berjaya mencapai sasaran sehingga membolehkan mereka memiliki sebuah van jenazah baru seperti mana yang dirancangkan.

Pengerusi SPJM, Muhammad Rafieudin Zainal Rasid berkata, pihaknya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kisah mereka yang disiarkan portal Malaysia Gazette ternyata ‘membuka mata’ ramai pihak hingga sumbangan masuk tanpa henti ke dana tabung pembelian van jenazah yang baru itu.

MGF07032019_Penyerahan Van Jenazah Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia_08
Pemilik Restoran Ali Maju, Datuk Jawahar Ali (dua kanan) memotong riben bersama wartawan Malaysia Gazette, Syahril Kadir (dua kiri) sebagai gimik penyerahan sambil diiringi Pengerusi Persatuan Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Muhammad Refieudin Zainal Rasid (kiri) pada Majlis Doa Selamat dan Penyerahan Van Jenazah Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di Surau Al-Amin, Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 07 MAC 2019

“ Bayangkan tak sampai dua minggu, impian kami untuk memiliki van jenazah tersebut berjaya direalisasikan. Paling menarik, pihak Malaysia Gazette juga turut sama menyumbang kepada pembelian kenderaan ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam majlis doa selamat dan perasmian van jenazah baru SPJM di Surau Al-Amin, Taman Setapak Indah di sini malam tadi.

MGF07032019_Penyerahan Van Jenazah Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia_11
Sebahagian jemaah surau melihat van jenazah yang baru pada Majlis Doa Selamat dan Penyerahan Van Jenazah Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di Surau Al-Amin, Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 07 MAC 2019

Dalam perkembangan yang sama, Muhammad Rafieudin berkata, van jenazah terbaru mereka ini memiliki ‘identiti tersendiri’ bagi menampakkan keseriusan SPJM dalam menjalankan tanggungjawab fardhu kifayah mereka.

MGF07032019_Penyerahan Van Jenazah Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia_15
Pengerusi Persatuan Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Muhammad Refieudin Zainal Rasid bercakap kepada media pada Majlis Doa Selamat dan Penyerahan Van Jenazah Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di Surau Al-Amin, Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 07 MAC 2019

“ Van jenazah kami ni eksklusif dengan segala aksesori yang terdapat di dalamnya. SPJM adalah satu komuniti besar yang melibatkan rangkaian antara negeri dengan negeri, sebab itu kami perlu memiliki identiti tersendiri supaya orang kenal dan tahu perkhidmatan yang kami tawarkan.

“ Pendek kata kalau berlaku kematian, tak kira hari dan masa, selama 24 jam sehari, hubungi saja SPJM dan kami akan memastikan waris atau ahli keluarga yang meninggal dunia mendapat perkhidmatan yang terbaik.

“ Saya sendiri boleh dihubungi di talian 013-322 7937, jangan fikirkan sangat soal kos, yang penting jenazah si mati perlu kita kendalikan sebaik mungkin, bermula dari proses mayat dimandikan sehinggalah ia dikebumikan, andai kata waris atau ahli keluarga tak mampu sangat daripada segi kewangan sekali pun, kita bersedia melakukan dengan percuma, itu janji dan komitmen kami,” katanya. – Malaysia Gazette.