CHRISTCHURCH, New Zealand – Jenazah enam mangsa serangan masjid di Christchurch telah serahkan kepada keluarga mereka.

Enam lagi jenazah sedia untuk diserahkan kepada keluarga masing-masing selepas sehari pihak berkuasa dikritik berikutan kelewatan menyediakan maklumat.

Dalam satu kenyataan kepada Stuff, seorang jurucakap polis memberitahu media itu bahawa bedah siasat ke atas 50 mangsa serangan pada Jumaat lalu telah selesai.

“Seramai 12 mangsa telah dikenalpasti yang mana pemeriksa mayat berpuas hati dan daripada jumlah itu enam jenazah telah diserahkan kepada keluarga mereka.

“Kami sedang bekerjasama dengan keluarga terbabit untuk menyerahkan baki enam jenazah mangsa yang telah dikenalpasti,” kata kenyataan itu. – Agensi