Pemuda Amanah Nasional akan tanggung kos Badal Haji untuk Allahyarham Muhammad Adib.
Kerajaan hari ini sudah menerima laporan interim daripada Jawatankuasa Khas Teknikal Kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

ALOR SETAR – Individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes Muhammad Adib Mohd. Kassim, anggota bomba yang meninggal dunia susulan kejadian rusuhan kuil di Subang Jaya pada November lepas, diminta tampil untuk menjadi antara saksi pada prosiding inkues kematiannya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, segala maklumat perlu disampaikan menerusi saluran yang betul agar tidak mendatangkan salah anggapan masyarakat sekiranya disebarkan secara tidak tepat.

“Kalau ada maklumat, datang kepada kita. Nanti kita akan maklumkan kepada Mahkamah Koroner supaya mereka boleh jadi antara saksi untuk memberi keterangan pada prosiding inkues kematian Muhammad Adib,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Zuraida membuat kenyataan itu susulan tularnya dakwaan seorang jururawat kononnya kenyataan pakar forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Hafizam Hasmi tidak tepat.

Semalam, Ahmad Hafizam yang merupakan saksi ke-24 berpandangan corak kecederaan dialami Muhammad Adib tidak padan dengan akibat dipukul berikutan kecederaan pada rongga dada (toraks) bukan seperti biasa dialami seseorang dipukul dengan objek tumpul, ditendang atau ditumbuk.

Susulan itu, seorang jururawat yang mendakwa merawat Muhammad Adib menulis beberapa komen balas di laman sosial media Facebook menyatakan kecederaan dialami anggota bomba itu adalah disebabkan oleh keganasan.

Bagaimanapun, hari ini jururawat terbabit membuat permohonan maaf dan membetulkan kenyataannya serta berharap pihak yang menularkan dakwaannya agar memadamkan kenyataan tersebut. – Bernama